Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Nanu Baharuddin Dikritik Kerana Mesra Anjing


Nanu Baharuddin, mungkin tidak menyangka gambar mesranya bersama seekor anjing baka istimewa ini menjadi kritikan orang ramai, terutamanya masyarakat Islam yang cukup sensitif dengan isu kesucian.

Sebagai selebriti, Nanu Baharuddin sepatutnya sudah maklum dengan asam garam dunia hiburan. Apa sahaja tindak tanduk atau ‘kegilaan’ akan menjadi perhatian, kalau silap langkah, boleh mendatangkan pelbagai kata-kata berunsur hinaan daripada orang ramai.

Bukanlah OHBULAN! nak menghakimi perlakuan Nanu Baharuddin, cuma kami rasa seorang selebriti sepertinya boleh mengelakkan perkara seumpama ini berlaku. Kalau diikutkan, Nanu Baharuddin mempunyai banyak pilihan untuk bergambar bersama haiwan seperti kucing atau hamster, tetapi kenapa anjing juga yang dipilihnya?

Sebagai peringatan, pemeliharan haiwan seperti anjing ini terikat dengan nas-nas agama seperti hukum samak. Jadi, mana-mana individu beragama Islam yang ingin memelihara anjing perlu faham dengan konteks agama kerana ia berkaitan dengan kesucian beribadat. Dan, kami pasti Nanu Baharuddin sudah mendalami teknik samak dengan jayanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails