Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Sasha dan Fiza Bicara Tentang Anak


Ramadan lalu, Mingguan Wanita menjejaki kediaman mantan kumpulan Elite, Sasha Saidin, 35 dan pasangannya, Salyo Priyanto. Hari itu, Sasha ditemani adik lelakinya, Zain dan anak tunggalnya, Adam Aryasenna Notosoemarsono yang kini telah pun mencecah usia dua tahun. Pada hari itu juga, Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim turut hadir ke rumah Sasha dengan ditemani dua orang anaknya yang comel iaitu Ferra Aryanna, 3 dan Feeya Adyrra, 2 tahun.

Walaupun pada awalnya, anak-anak kecil ini seakan malu-malu, mereka akhirnya dapat bermain bersama. Sungguhpun, tidak lagi terlibat secara aktif dalam dunia seni, Sasha masih lagi terlibat dalam beberapa aktiviti seni seperti pertunjukan fesyen, berlakon iklan komersial dan menjayakan rancangan memasak dapur selebriti ‘Periuk Hangus’. Tambahnya lagi, Syawal yang lalu dirinya bakal sibuk menjayakan majlis perjumpaan semula peserta ‘Mari Berdansa’ pada musim-musim yang lalu.

“Buat masa ini sememangnya saya banyak menghabiskan masa untuk menjaga Arya. Sememangnya dari dulu saya telah memasang impian untuk bergelar suri rumah. Dalam masa yang sama, saya boleh merancang jadual kerja mengikut kemampuan saya. Ada pekerjaan yang boleh saya bertolak ansur dengan jadual Arya dan suami, maka saya akan lunaskan kerja itu. Tapi kalau melibatkan tugasan luar daerah, saya akan tolak awal-awal.

Rasanya tak sanggup hendak berjauhan dengan Ayra. Pasti rindu dibuatnya,” ujarnya yang akan menyerahkan tugas menjaga Arya kepada Zain sekiranya dia perlu keluar bekerja. Ketika temu bual, Sasha mengakui yang dirinya sedang berusaha untuk hamil sekali lagi. Sempat juga dia berbicara pengalamannya ketika mengandungkan anak sulungnya itu.

“Sememangnya saya meng harapkan kehadiran cahayamata. Tapi sebelum itu saya pernah mengalami keguguran. Jadi apabila gerak hati saya merasakan yang saya mengandung sekali lagi, saya seakan tidak mahu mengakuinya. Dalam pada itu, saya membuat rawatan susulan
dengan doktor pakar di Damansara. Selepas itu barulah saya disahkan mengandung. Memandang kan keadaan rahim agak lemah, saya diarahkan ‘bedrest’ selama dua minggu. Dalam tempoh itu, saya hanya terbaring di atas katil.

“Setiap kali hendak makan dan minum akan ada orang yang tolong ambilkan. Bila usia kandungan dah masuk 7 bulan barulah stabil sedikit. Sepanjang tempoh itu, saya hanya boleh menjamah jambu batu, pisang dan minum air soya. Sesekali saya makan burger. Selain itu saya akan luahkan kembali. Jadi, bila Arya dah semakin besar, saya tergerak hati untuk hamil sekali lagi,” akui Sasha yang minat berkebun ini.

Syukur Dengan Apa Yang Dimiliki
Menurut Sasha lagi, sejak bergelar ibu, tumpuan diberikan sepenuhnya untuk anak lelakinya itu. Awal-awal dahulu, dirinya tidak mempunyai pengalaman dalam mendidik anak. Mujur jugalah dirinya mempunyai ibu yang pernah bergelar seorang guru ini. Ibunya itulah yang telah memberikannya ilmu tentang keibubapaan di samping buku-buku untuknya pelajari.

“Sebenarnya kalaupun membaca buku ia tidak sama dengan praktikal. Jadi ibulah yang telah mengajar cara-cara memandikan Arya dan memberi tip dalam mendidik Arya. Dahulu waktu terlibat dengan penggambaran drama bersiri Gemilang saya terpaksa meninggalkan Arya selama lima hari. Waktu itu sayu benar hati saya kerana terpaksa meninggalkan nya,” akuinya yang turut mengusahakan Tadika Bintang Ceria di USJ6/4A bersama ibu dan rakan kongsi mereka.

Walaupun Sasha diamanahkan mengurus kan perniagaan stesen minyak di Ampang dan Kolam Air Panas, dia masih mempunyai waktu untuk membawa Arya berjalanjalan di tasik berdekatan rumahnya pada sebelah petang.

“Kalau ikutkan tahun ini sahaja umur saya dah 35 tahun. Saya memulakan kerjaya peragaan pada usia 13 tahun dan menyanyi pada usia 17 tahun. Jadi semua yang saya inginkan dah saya rasai. Saya pun dah ada suami dan anak malah ada pendapatan sampingan melalui kerjaya yang bersesuaian. Saya bersyukur dengan apa yang saya miliki,” akuinya jujur.

Fiza Sanggup Kerja Keras
Manakala Fiza yang sibuk memberi tumpuan terhadap dunia lakonan, masih mempunyai ruang waktu untuk dibahagikan dengan dua orang permata hati nya itu. Sememangnya namanya sema kin memuncak sejak membintangi drama bersiri Annisa. Lakonan hebat yang ditonjol kan mengundang simpati penonton.

Begitu pun pelakon jelita yang kembali solo ini semakin sibuk dengan jadual kerja yang padat. Bulan Jun lalu, dirinya sibuk menghasilkan VCD untuk pembikinan cerita legenda Mahsuri yang hanya akan dijual kepada pelancong di makam Mahsuri di Langkawi. Ketika ini juga dia bertugas sebagai penyelaras bagi membantu syarikat produksi Dark Wave Pictures milik Rafi ena Ezanee.

“Waktu berlakon untuk drama Natasha dulu saya membawakan watak jahat. Kadang kala bila saya tengok kembali lakonan saya itu, saya boleh jadi benci. Tapi seka rang ini pihak televisyen menginginkan saya mem bawa kan watak-watak baik pula. Barangkali sudah rezeki saya.

“Selalunya kalau ada jadual penggambaran yang padat saya akan serahkan anak-anak pada keluarga mentua. Tapi anak-anak saya bersekolah dari jam 8 pagi hingga 3 petang. Jam 5 petang pula mereka akan ke kelas mengaji. Biasanya saya akan bergilir-gilir menghantar anak.

“Waktu mula-mula dahulu, saya tak nafikan yang saya sukar hendak menerima perubahan yang berlaku dalam hidup saya ini. Mana tidaknya bukan mudah sebenarnya hendak mencari duit untuk membayar segala perbelanjaan harian. Jika emosi tidak kuat, sukar untuk menghadapinya. Mujurlah anak-anak faham dan mereka tidak pernah bersungut mengenainya. Mereka pun dijaga dengan baik di rumah neneknya,” tuturnya sambil memaklumkan dirinya masih berhubungan baik dengan keluarga bekas mentuanya.

Tambahnya lagi, jadual hariannya cukup padat sekali. Jika terlibat dengan peng gambaran, waktunya akan bermula seawal 6.30 pagi dan hanya akan berakhir sekitar
11 malam. Jika perlu ke tugasan luar daerah, pastilah dirinya tidak mempunyai waktu untuk mengambil anakanaknya itu. Sebab itulah, dirinya akan memastikan akan menghabiskan waktu dengan mereka sekurang-kurangnya 3 hari dalam seminggu.

“Buat masa ini saya tidak mempunyai apa-apa perancangan lagi untuk masa hada pan. Cuma ketika ini saya hanya perlu menjalani kehidupan ini seperti biasa dan berusaha memberikan yang terbaik untuk diri dan anakanak. Saya juga tidak terfi kir soal mencari pengganti. Yang penting adalah bekerja dan mencari pendapatan untuk diri dan anak-anak,” akuinya yang menghabiskan cuti Aidilfi tri di rumah mentua dan di Pulau Pinang.

Dirinya mengakui kehidupannya sememangnya agak memenatkan. Walaupun perlu bergegas ke sana kemari apa bila dirinya mengingatkan tentang anak anaknya, secara tidak langsung dirinya berjaya membina kekuatan dalaman. Justeru, membuatkan dirinya tidak terfikir tentang kepenatan yang dialaminya.

Sememangnya Fiza memiliki seraut wajah gadis Melayu yang menawan. Dia juga begitu bijak menjaga penampilan dirinya. Ketika ditanya tentang rahsia menjaga kecantikan diri, dia mengakui tiada rahsia mengenainya.

“Saya tidak pernah minum air yang ada air batu. Saya tidak sukakannya. Tapi saya tidak menolak jika diberikan air sejuk asalkan tidak ada air batu. Saya ambil juga vitamin untuk memelihara kulit. Cuma saya ini jarang makan nasi. Barangkali terlalu sibuk bekerja sampai terlupa hendak makan,” tuturnya mengakhiri perbualan.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails