Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Amyza Adnan Nafi Ada ‘Anak Ikan’


“15 tahun berlakon, inilah kali pertama saya diberikan kepercayaan untuk memegang watak sebagai pengarah dalam filem Jidin Sengal,” kata Amyza Adnan yang ditemui di Studio Outloud, Damansara Perdana, Jumaat lepas.

“Apakan tidak, selama ini saya yang mengikut arahan. Kali ini, saya kena beri arahan pula. Walaupun sudah biasa di set pengambaran, namun pengalaman sebagai seorang pengarah memang satu tugas yang mencabar. Dalam filem ini, saya mempunyai karakter sebagai pengarah yang garang, kena mengarahkan pelakon-pelakon ekstra yang bersikap diva. Insyallah, filem ini akan ditayangkan pada awal tahun 2012, andai kata tiada aral melintang,” jelas Amyza Adnan kepada OHBULAN!

“Perkembangan saya sekarang adalah aktif membuat pengacaraan, selain itu turut menerima jemputan sebagai penyanyi di majlis makan malam. Ya, saya tahu ramai yang terkejut mengenai cerita nyanyian ini. Tapi, ia lebih sekadar memenuhi kehendak klien semata-mata.

“Sebelum ini saya pernah nak keluarkan single. Namun, apabila sudah selesai rakaman lagu, cerita lain pula timbul. Funder yang sepatutnya membantu saya melancarkan single berkenaan telah melarikan diri. Jadi, saya terpaksa kuburkan impian itu seketika,” kata Amyza Adnan dalam nada kecewa.

Amyza Adnan turut menceritakan serba sedikit isu ‘anak ikan’ yang dibangkitkan oleh sebuah program hiburan tv, beberapa bulan lepas.

“Mengenai cerita kononnya saya mempunyai ‘anak ikan’ seperti yang dipaparkan dalam sebuah program hiburan tv tu, memang saya tahu siapa yang buat kecoh. Sebenarnya, saya dengan lelaki itu telah dilantik sebagai duta perfume. Disebabkan kerap bersama, ada individu yang cemburu sehingga membuat cerita yang bukan-bukan mengenai kami berdua.

“Mula-mula, saya terkilan juga dengan insiden itu. Lepas tu, saya anggap macam tiada apa-apa. Nasib baik suami seorang yang amat memahami kerjaya saya. Jadi, jangan dilayankan sangat cerita remeh-temeh seperti ini,” kata Amyza Adnan sekaligus menafikan spekulasi ‘anak ikan’.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails