Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Aeril Zafrel Akui Perlukan Publisiti Untuk Terkenal


PETALING JAYA: Pelakon Aeril Zafrel berharap kemunculan dua buah filem lakonannya iaitu Cinta Kura-Kura pada 1 Mac depan dan 7 Petala Cinta (15 Mac) akan dapat melonjakkan popularitinya yang masih kurang dikenali selepas empat tahun berlakon.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 24, berkata populariti adalah sesuatu yang penting bagi membolehkan seseorang selebriti itu dikenali ramai.

"Selepas empat tahun menceburi bidang lakonan, saya melihat populariti banyak membantu golongan artis untuk mengembangkan lagi kerjaya.

"Saya mahu lebih dikenali bukan kerana ingin berangan atau hanyut dengan populariti tetapi demi kerjaya saya," katanya yang ditemui pada majlis pra tonton filem Cinta Kura-Kura di sini, Selasa.

Aeril berkata menjadi selebriti yang popular akan dapat menarik minat masyarakat untuk mengikuti perkembangan kerjaya mereka.

"Jika saya lebih dikenali ia pasti membantu untuk menarik minat penonton ke pawagam bagi menonton filem lakonan saya.

"Sebaliknya jika pelakon itu kurang dikenali, ia hanya membuatkan penonton ragu-ragu untuk memberi sokongan kepada sesebuah filem," katanya.

Aeril yang julung kali diberikan kepercayaan sebagai teraju utama filem, berkata penonton akan dapat melihat kelainan lakonannya dalam kedua-dua buah filem tersebut.

"Watak saya dalam kedua-dua filem ini berbeza, malah genre dan plot filem juga berlainan.

"Saya berharap penonton dapat menilai perkembangan lakonan saya berbanding sebelum ini," katanya.

Selain Aeril dan pasangan pelakon Tiz Zaqyah, Cinta Kura-Kura yang diarahkan Nizam Zakaria turut membariskan Zizan Razak, Fizz Fairuz, Bob (AF), Fara Fauzana dan Shy8.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails