Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Tiz, Remy putus cinta?


ANGIN tiada ribut tiada, hujan jauh sekali, tiba-tiba petir pula berlagu. Peliklah bila blog-blog hiburan asyik menghebahkan desas-desus pasal putusnya cinta pasangan sensasi Tiz Zaqyah dan Remy Ishak.

Eh, ambil masa bertahun baru nak umum kata sah bercinta, takkan sekejap 'sah' terus dah putus kot. Mana janji, mana sayang, mana intan, mana 'bucuk-bucuk' kan?

Diva tak rasa khabar angin tu benar, sebab tak nampak bagaimana perasaan yang dipupuk sejak dari lokasi Nur Kasih The Movie itu boleh pantas berkecai.

Tapi, ada benarnya kisah putus cinta Tiz dan Remy itu. Dengarnya, Remy sekarang bawa hati lara ke Jakarta, nak tenteramkan bara jiwa barangkali. Cari ketenangan puas-puas ya, balik nanti bila wartawan tanya, jangan pulangkan paku buah keras pula ya. Diva doakan semoga Remy baik-baik sahaja di sana, carilah tempat mengadu.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails