Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Solekan tidak kena tempat?


BERCAKAP mengenai drama Melayu, rata-rata penonton sudah dapat bayangkan mengenai konflik serta jalan cerita yang klise.

Kisah cinta yang tidak mendapat restu orang tua, kejayaan yang dikecapi oleh pelakon utama walaupun tiada latar belakang pendidikan tinggi, realiti kehidupan masyarakat kota yang suka berfoya-foya dan pelbagai lagi kisah di sebalik kehidupan masyarakat Melayu di negara ini.

Namun kali ini, kita pergi kepada perkara yang asas, hal jalan cerita kita tinggalkan sejenak. Apa yang ingin dibincangkan adalah mengenai solekan dan pakaian dalam drama dan filem Melayu ketika ini.

Mungkin ada sebilangan penonton yang perasan mengenai perkara ini. Mungkin juga langsung tidak mengendahkan mengenai solekan setiap pelakon pujaan mereka. Bagi mereka perkara paling penting adalah melihat kelibat artis terkenal dalam setiap filem sudah memadai.

Sebenarnya, solekan adalah salah satu perkara asas yang perlu diambil berat oleh pengarah drama atau filem. Jika diperhatikan ketika ini, solekan yang dikenakan terhadap pelakon bagai melepaskan batuk di tangga sahaja. Cincai sangat nampaknya.

Contoh paling kerap kita perhatikan adalah mengenai kening yang dicukur halus untuk watak orang tua yang tinggal di kampung. Realitinya orang tua-tua di kampung tidak mencukur atau mencabut bulu kening.

Watak seorang ustazah pula misalnya, bukan sekadar bertudung labuh dan dianggap berjaya menggambarkan dia seorang ustazah. Solekan juga antara faktor yang menampakkan dia seorang ustazah. Ustazah pada pandangan kita selama ini tiada yang berkening halus seperti yang kita tonton menerusi filem Melayu Ombak Rindu baru-baru ini.

Perkara ini bukan sekali kita tengok, boleh dikatakan kebanyakan drama dan filem kita memang tidak mengendahkan perkara ini.

Bukan itu sahaja, jika kita lihat babak pelakon dalam adegan hujan. Cuba tengok muka mereka, tentu ada kesan solekan dengan pipi yang masih merah lengkap gincu lagi. Lepas itu kalau adegan tengah hari panas terik, muka pelakon kita tetap kemas dan cantik. Tak berpeluh padahal pelakon itu memegang watak buruh atau orang awam. Dalam kotak fikiran kita yang waras ini, takkan begitu? Penggambaran filem atau drama bukan fotografi fesyen. Kalau adegan itu melibatkan watak orang biasa di tepi jalan misalnya, biarlah mukanya berpeluh. Itu artistik namanya. Nanti kalau terus disalut mekap, penonton akan tertanya-tanya di mana realistiknya adegan itu dibuat. Adakah perkara yang asas sebegitu pun kita tak boleh lakukan?

Ketika ini kita disajikan dengan cerita-cerita seram. Habis episod hantu pocong, hantu penanggal pula yang jadi modal.

Namun adakah setiap hantu yang dicipta oleh pengarah itu berupa seperti yang digambarkan kepada kita selama ini? Kenapa mesti ada darah di setiap wajah hantu?

Sebuah drama atau filem hebat yang terhasil perlulah menitik beratkan perkara asas terlebih dahulu, jika perkara sebegini pun kita sendiri tidak tekankan, sampai bilalah drama dan filem kita akan terus berada di takuk yang sama.es.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails