Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Maaf, saya penat! – Enot


ADA orang kata Enot sombong. Amboi tak akanlah dengan peminat sendiri pun nak menyombong? Saya tak pernah menyombong dengan orang. Bukan sahaja dengan peminat malah dengan sesiapapun saya tetap bersikap mesra.

Jadi boleh Enot jelaskan mengenai kejadian yang berlaku di RTM baru-baru ini?

Sebetulnya memang saya terkejut. Memang betul ada peminat yang nak bergambar dengan saya masa tu. Tapi apa yang tak betulnya, saya takda pun pandang dia atas bawah sepertimana yang dia dakwa.

Apa sebenarnya yang berlaku ketika itu?

Masa tu, saya baru habis sesi rakaman. Bayangkan rakaman bermula dari siang sehingga tengah malam baru selesai. Siapa pun kalau berada di tempat saya ketika itu akan rasa terlalu penat. Saya mengaku saya penat sangat masa tu. Apalagi dalam keadaan yang cukup sejuk dalam dewan tu, saya memang lemah sikit kalau sejuk, badan pun akan jadi lemau. Tapi, walaupun saya tak terdaya, tak adalah sampai saya menolak permintaan peminat yang nak bergambar dengan saya.

Mungkin tanpa sedar, Enot telah buat sesuatu sehingga menyebabkan peminat tu kecil hati?

Terus-terang ya, selepas dia beritahu nak bergambar, saya minta dia tunggu sekejap sebab nak letak beg di kerusi berhampiran. Lepas letak beg, saya pusing belakang balik dan ingat dia berdiri di situ, tapi dia tak ada. Kemudian saya ternampak dia kerumun Apek untuk bergambar. Tak kanlah saya nak terhegeh-hegeh melambai dia suruh bergambar dengan saya. Saya sedar, saya ni bukannya popular pun.

Tapi sekurang-kurangnya awak boleh panggil peminat tu.

Iya memang betul saya boleh panggil. Tapi macam saya cakap, saya kepenatan dan memang tak larat masa tu.

Sebagai artis dan figura awam, sekurang-kurangnya jagalah hati peminat...tak salahkan kalau buat begitu?

Jangan ingat kerana saya ni artis, saya selalu bertenaga. Artis bukan robot. Kami ni manusia biasa. Bila terlalu penat saya tak larat. Saya ni pula, kalau penat atau apa, muka saya tak boleh menipu. Memang terserlah sangat. Jadi janganlah mudah nak hukum saya sebagai seorang yang sombong.

Kejadian seperti ini bukan hanya berlaku pada Enot, mungkin juga pada artis lain. Apa pandangan?

Tak tahulah orang lain, tapi kalau kena begini, kita sebagai artis, jangan simpan dalam hati. Kita perlu tenang sebab apa yang berlaku adalah salah faham. Orang tak faham keadaan kita yang penat atau mungkin ada masalah lain.

Jujurnya apa perasaan Enot bila dituduh sombong dan kekwat?

Saya rasa kelakar. Memang saya ketawa apabila membaca gosip itu. Sebab orang yang kenal saya, mereka tahu macam mana saya sebenarnya. Cuma di sini saya nak buat pembetulanlah juga. Saya ni tak sombong pun. Saya pemalu ya. Tapi bila saya cakap saya ni pemalu, orang gelakkan balik, tak percaya. Tapi hakikatnya, saya ni kalau di luar pentas atau kamera, saya memang pemalu orangnya.

Apa harapan Enot dalam isu ni?

Tak perlu diperbesarkan. Lagipun ia cuma satu salah faham.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails