Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Cemburukan Rita Rudaini

MINGGU lalu Syed berkesempatan menonton Anugerah Skrin melalui tv sahaja. Dalam banyak-banyak artis yang ada di atas pentas tu, mata Syed tertumpu kepada Rita Rudaini yang berpasangan dengan Adi Putra menjayakan salah satu slot yang dipentaskan. Ramai yang memuji kecantikan Rita mengenakan gaun rona putih yang menyerlahkan lagi kejelitaan Rita. Bila dah bersembang dengan beberapa orang kuat hiburan terkeluarlah pula cerita tentang isteri salah seorang pelakon lelaki popular Malaysia yang cemburukan Rita. Mula-mula Syed anggap itu cerita main-main. Tapi sumber yang mendedahkan cerita itu berkata perkara tersebut memang masih lagi menjadi bualan orang kuat produksi yang tak faham dengan sikap cemburu isteri kepada pelakon berkenaan. Isteri pelakon itu memang tidak akan mengizinkan suaminya yang berpengalaman untuk berlakon bersama Rita. Pendek kata kalau ada tawaran yang membabitkan mereka berdua, dia awal-awal lagi akan 'cantas' dan kata tidak jika suaminya berlakon sama. "Macam ini punya orang pun ada. Dulu aku tak percaya juga dengan apa yang dah jadi. Tapi ister inya dah beri amaran untuk menolak segala tawaran jika drama atau telefilem ada muka Rita. "Ingatkan mereka ada perselisihan faham tetapi rupa-rupanya isterinya memang cemburu dengan Rita. Dia tak kisah suaminya nak bergandingan dengan wanita lain asalkan bukan dengan Rita. "Apa masalah dia aku tak tahu. Yang pastinya Rita tu pun masih isteri orang dan suaminya pula ada dia. Ini kerja profesional dan kenapa dia nak halang-halang macam tu. Itu yang buat aku pelik dengan perangai isterinya," kata sumber itu lagi. Tak mengapalah, orang cantik macam Rita memang besar dugaannya. Kalau Rita tak buat salah pun, orang tetap ada prasangka buruk terhadap dia. Nak buat macam mana lagi? Hidup memang begini.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails