Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Soo Wincci sasar tawan Taiwan

BERBEKALKAN rupa paras yang cantik, berketerampilan anggun dan lemah-lembut, serta berbakat besar dalam bidang kulinari, Soo Wincci kini lebih dikenali sebagai seorang selebriti serba boleh yang mudah didekati oleh semua lapisan masyarakat. Gadis tinggi lampai kelahiran Selangor ini bercita-cita untuk menakluki pasaran muzik antarabangsa. Dia yang memilih persada muzik Taiwan sebagai tapak mengembangkan karier nyanyiannya gigih berulang alik ke sana bagi menyiapkan album sulung bahasa Cina pertamanya. “Perjalanan karier saya di Taiwan baru sahaja bermula. Saya sedang dalam proses menyiapkan album pertama yang bakal memuatkan sepuluh buah lagu hasil kerjasama pihak pengurusan saya dengan sebuah label di Taiwan. “Pihak pengurusan di sana yang bakal menentukan arah perjalanan karier saya, termasuklah imej yang bakal ditampilkan ketika membuat persembahan serta jenis-jenis lagu yang bakal dimuatkan di dalam album itu nanti,” katanya ceria ketika ditemui pada majlis pelancaran klip video bagi single terbaharunya, Terus Teranglah di RedBox The Gardens, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Dia juga menambah, album itu nanti bakal memuatkan dua buah lagu hasil ciptaan komposer dari Taiwan, manakala lapan buah lagu lagi adalah lagu bahasa Cina yang telah dirakamkan untuk album pertamanya. “Peminat muzik di Taiwan belum mengenali siapa itu Soo Wincci. Jadi, dengan adanya lagu-lagu lama saya, mereka pasti akan lebih mengenali jenis muzik yang pernah saya nyanyikan sebelum ini. Tidak salah rasanya berkongsi sesuatu kepada peminat-peminat baharu,” ujarnya. Penyanyi berbakat besar yang pernah bergelar Miss World Malaysia 2008 ini turut berkongsi, dia juga bakal melahirkan sebuah EP (extended play) bagi pasaran tempatan yang akan memuatkan lima buah lagu baharu berbahasa Melayu termasuklah single Terus Teranglah ciptaan Ajai, yang menampilkan penyanyi hip hop terkenal, Joe Flizzow. “Saya sungguh berbesar hati kerana Ajai sudi mencipta lagu untuk saya. Sebagai komposer yang banyak pengalaman serta berbakat besar, dia tahu lenggok serta keupayaan suara saya. Jadi tiada sebarang masalah atau perkara rumit yang saya hadapi ketika merakamkan lagu ini,” ujarnya. Penyanyi yang pernah menyertai program masakan terkenal, Selebriti MasterChef Malaysia ini memberitahu, semasa proses rakaman suara berlangsung, dia tidak berpeluang untuk bersua muka dengan Joe Flizzow. Jadi, apabila bertemu dengannya buat pertama kali, perasaan teruja bertukar menjadi gerun! “Pada awalnya, saya kekok kerana takut dengan Joe. Mungkin kerana penampilannya yang agak 'ganas' menyebabkan saya berfikir sebegitu. “Namun semuanya berubah setelah saya mengenalinya dengan lebih dekat. Dia bukanlah seperti apa yang saya sangkakan,” kata Wincci ketika menerangkan peranan Joe Flizzow sebagai seorang mekanik di dalam klip video Terus Teranglah. Apabila ditanya mengenai kejayaan penyanyi Shila Hamzah menjuarai pertandingan nyanyian Asian Wave 2012 di Shanghai, China baru-baru ini, Wincci menyambut berita itu dengan perasaan terbuka. “Sebagai seorang penyanyi yang berasal dari Malaysia, saya berasa sungguh bangga dengan pencapaian Shila. “Ini membolehkan ramai lagi pemuzik-pemuzik tempatan melebarkan sayap ke luar negara kerana nama kita sudah mula dikenali di sana,” katanya. Wincci juga menambah, kejayaan Shila membuktikan muzik tempatan juga mempunyai potensi untuk diterima oleh masyarakat di luar negara.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails