Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Jac enggan komen

TIADA apa yang perlu dipersoalkan tentang kebolehan penyanyi kelahiran Kepong, Selangor ini. Bersuara lunak dan memiliki vokal hebat jenis spinto soprano sudah cukup buat Jaclyn Victor atau nama sebenarnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor itu dikagumi bakatnya. Juara program realiti televisyen Malaysian Idol musim pertama itu yang kini sudah menghasilkan enam buah album merupakan antara anak Malaysia yang hebat dalam bidangnya, bukan sahaja di tanah air bahkan juga di pentas dunia. Tidak hairanlah kalau banyak syarikat rakaman yang mahu merebut figura yang mesra disapa Jac itu kerana kualiti dan potensi besar yang beliau miliki. Sejak awal tahun ini Jac telah mengikat kontrak dengan syarikat rakaman KRU Music. Apa yang pasti, syarikat tersebut yang bernaung di bawah pengurusan trio adik-beradik Norman, Yusry dan Edry yang terkenal dengan pelbagai kejayaan itu paling tidak pun akan mencorakkan sesuatu yang di luar jangkaan buat kerjaya Jac. "Ini peluang yang besar untuk saya. Apabila didatangi bersama-sama dengan perancangan setahun untuk kerjaya saya, tanpa berfikir panjang saya terus menerima pelawaan itu (menyertai KRU Music). Saya pasti ia pilihan paling tepat," katanya yang kini tampil dengan dua buah single berjudul Sebelah Jiwaku dan Jagalah Diri. Dalam perkembangan lain, Jac sedang dalam proses mengumpul material untuk menghasilkan album terbaharunya yang dijangka dipasarkan hujung tahun ini atau awal tahun hadapan. Lebih menarik apabila beliau bakal berduet dengan seorang penyanyi antarabangsa menerusi sebuah lagu yang akan dijadikan lagu runut bunyi (OST) sebuah filem animasi tiga dimensi (3D) yang diterbitkan oleh KRU. "Pihak KRU belum lagi memutuskan siapakah penyanyi antarabangsa itu untuk sama-sama terlibat dalam lagu OST filem Ribbit itu. Saya difahamkan ada beberapa nama yang disebut-sebut. Namun, ia masih belum dapat didedahkan," kata Jac yang popular menerusi lagu Gemilang, Wajah, Satu Harapan, Di Bawah Pohon Asmara, Ceritera Cinta dan Beribu Sesalan itu.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails