Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

DJ Lin sambut hari kelahiran anak

Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Itulah simpulan bahasa paling sesuai untuk menggambarkan keakraban DJ Lin dan anaknya. Kepada pembaca yang belum mengenali beliau, Dj Lin merupakan penyampai radio yang mengendalikan rancangan Suria Cinta di Suria FM setiap Isnin hingga Jumaat dan Ahad pukul 11 malam hingga 2 pagi. Baru-baru ini, .com memenuhi jemputan Majlis Sambutan Hari Jadi Anak DJ Lin Suria Cinta bersama peminat setia mereka. Sebagai menghargai sokongan peminat, DJ Lin menerusi kelab peminatnya, Fan DJ Lin Cintamania telah menganjurkan majlis istimewa sempena meraikan ulang tahun anak lelaki beliau, Nazreen Asyran yang ke-9 bertempat di dewan Anjung Villa Condo, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur pada 14 Oktober 2012 lalu. Lebih 300 tetamu termasuk anak-anak yatim dari Rumah Annajjah Malaysia, rakan artis, rakan media serta peminat dari seluruh Malaysia hadir memeriahkan majlis yang diserikan penyampaian cenderamata kepada anak-anak yatim, diikuti pelbagai aktiviti permainan menarik antaranya seperti makan paling pantas, pertandingan karaoke lagu cinta dan banyak lagi. Menariknya tentang majlis ini, ia mendapat tajaan dari Rawang Burger Bakar (RBB), Radix Fried Chicken (RFC), Peel Fresh, Sate Samurai Kajang, Jamu Mak Dara dan Dualaris Event. Malah dalam majlis tersebut, Dj Lin memasak sendiri empat menu utama iaitu soto dan mi rebus selain bubur kacang hijau dan bubur pulut hitam. Dj Lin merakamkan penghargaan kepada peminatnya yang sentiasa menyokong kerjaya seni beliau dan lihat sahaja laman peminatnya di Facebook (DJ Lin Suria Cinta Suria FM) kini telah mencatatkan lebih 116,000 peminat termasuk dari luar negara manakala blognya fandjlincintamania.blogspot.com telah mencatatkan lebih 45 ribu pengunjung sementara DJ Lin yang baru saja membuka akaun twitternya iaitu @djlinsuriacinta kini berjaya mencatatkan lebih 6,000 follower
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails