Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Becok punca Ika jadi deejay

TANPA pengalaman, latar belakang pengacaraan ataupun menjadi pengacara majlis perkahwinan, tiba-tiba sahaja nama pelakon serta bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim keenam, Ika Nabila diumumkan sebagai penyampai radio di Era FM. Perkara itu disahkan Pengurus Saluran Era FM, Nazri Noran. Bukan Ika Nabila seorang, bahkan seorang lagi penyanyi yang juga bekas peserta AF, Aril juga kini secara rasmi bergelar penyampai baharu atau deejay di stesen radio nombor satu negara itu. Nazri berkata, Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus sudah pun memulakan tugasnya bersama Era FM sejak 7 Oktober lalu menerusi segmen jam 6 petang hingga 10 malam, namun ia masih dalam peringkat pembelajaran. "Setelah kami mengadakan uji bakat berperingkat, Aril dan Ika Nabila adalah calon yang paling layak dan bakat mereka boleh digilap lagi dalam bidang penyampaian radio," kata Nazri pada majlis kesyukuran Era FM, Khamis lalu. Aril dan Ika bakal bergandingan dalam segmen hujung minggu yang berjudul Muzik ERAthon selama empat jam, kebiasaannya ke udara pada hari Ahad. Sensasi Bintang mendapatkan penjelasan daripada Ika berhubung pelantikan dan tugas baharu yang digalas sebagai penyampai di sebuah stesen besar seperti Era FM. Sensasi Bintang: Bagaimana tugas deejay anda kini memandangkan Ika tidak ada pengalaman dan masih terlalu muda? IKA: Memanglah saya muda lagi, baru berumur 20 tahun tapi tawaran untuk jadi deejay ini bukan diterima secara tiba-tiba. Sebenarnya saya dipanggil untuk uji bakat sejak bulan Februari lagi. Proses uji bakat itu banyak kali dan macam-macam peringkat. Mula-mula kena uji bakat secara solo, lepas itu uji bakat bersama calon penyampai yang lain. Banyak proses yang dilalui. Atas alasan apa Ika dipilih jadi deejay? Ikut apa yang pihak Era maklumkan, saya dipilih jadi deejay kerana banyak cakap. Lagi satu saya juga ada minat terhadap bidang muzik dan industri hiburan. Cukup ke sekadar becok dan minat? Memang tak cukup, tapi saya terima tawaran itu kerana anggap itu peluang keemasan yang tidak patut saya tolak. Cabaran paling besar ialah untuk banyak cakap tapi penuh maklumat serta berupaya menarik perhatian pendengar. Sebenarnya anda sudah bertugas atau belum? Sudah. Saya sudah ke udara sejak tiga minggu lalu tapi tidak pernah digandingkan lagi dengan Aril sebaliknya dengan penyampai senior lain. Pernah ada insiden memalukan atau tersasul? Pernah. Saya terlupa nombor telefon stesen sendiri, tapi nasib baik ia berlaku semasa dalam rakaman. Jadi, tak sempat ke udara. Semacam tradisi Era FM mengambil lepasan AF untuk menjadi deejay sehingga memberi gambaran bahawa kalian produk gagal yang terpaksa dieksport ke konti radio. Rasanya tidak. Saya sendiri kurang dilihat sebagai penyanyi kerana masa masuk AF, awal-awal lagi saya terkeluar. Orang lebih nampak saya sebagai pelakon. Adakah pemilihan itu dibuat lantaran anda dilihat sudah popular sebagai pelakon? Bab itu saya tak berani komen. Saya tak banyak berlakon untuk Astro sebaliknya banyak muncul di stesen Media Prima. Saya cuma nak cuba. Kalau tak menjadi tak rugi apa-apa tapi saya akan buat yang terbaik untuk kembangkan karier. Sekarang saya juga dilantik jadi duta golf untuk kerja amal bersama Kementerian Belia dan Sukan. Majlis pelancaran akan dibuat pada 17 November nanti, itupun rezeki dan peluang buat saya. Perkembangan lain tentang kerja anda ketika ini. Sekarang saya sibuk dengan penggambaran program realiti Panik untuk ntv7, ia semacam program Seekers, Fear Factor atau Amazing Race. Selain itu ada drama berjudul Darjat di TV3. Baru-baru ini ada isu tindik lidah. Khabarnya Ika terkandas pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) dahulu? Saya bertindik untuk suka-suka. Kadang-kadang saya juga terleka, mungkin sebab masih muda. Tapi saya tak pakai benda itu sepanjang masa pun. Bab tangguh belajar itu pula terpaksa saya buat, rezeki lebih kepada bidang seni tapi saya masih berminat untuk belajar. Mungkin akan buat pendidikan jarak jauh di Kuala Lumpur sahaja, untuk sambung semula diploma komunikasi di USM itu, mungkin tidak.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails