Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Nabil, Neelofa tidak terkecuali

SEBUAH program gosip sebenarnya menghadapi risiko jika individu yang diberikan tanggungjawab sebagai hosnya merupakan dari kalangan artis juga. Itu yang dihadapi program Meletop yang hadir sebagai sebuah program gosip di Astro Ria (Saluran 104). Pada 30 Oktober lalu, buat julung-julung kalinya, penonton dapat menyaksikan pelawak, Nabil Ahmad dan pelakon sensasi, Neelofa digandingkan sebagai hos bersama Meletop. Bukan seperti program hiburan gosip yang pernah muncul terlebih dahulu seperti Melodi dan Propaganza, program hiburan yang kini bersiaran setiap hari Selasa, pukul 10 malam itu memaparkan sisi yang berbeza. Terdapat tiga segmen utama dalam Meletop iaitu Gosip Meletop (paparan gosip terkini), Carta Meletop (carta lagu 40 di Era FM) dan Filem Meletop (carta filem terlaris di Malaysia dan sketsa parodi babak daripada filem pilihan). Terdapat juga beberapa segmen istimewa yang ditampilkan pada setiap minggu. Antaranya, Birthday Meletop (artis kegemaran buat kejutan sempena hari jadi peminat), Arena Meletop (berita sensasi bintang-bintang sukan) dan Lokasi Meletop. Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad, parodi babak daripada filem pilihan yang mana untuk episod pertama drama Adam & Hawa dipilih bukan bertujuan untuk mempersendakan mana-mana pihak. “Sebelum parodi menerusi segmen Filem Meletop dibuat, pihak produksi akan mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pihak yang bertanggunjawab terhadap produksi tersebut. “Tujuan kami wujudkan parodi dalam segmen Filem Meletop ini bukan bertujuan untuk mempersendakan artis atau sesiapa. Ia sekadar hiburan semata-mata,” ujarnya yang juga akan memastikan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Masih berbaki 51 episod lagi, ujar Raqim, Meletop memaparkan pengisian yang menjadi bualan, ikutan dan trend golongan muda pada hari ini. “Ia bukan memaparkan gosip dunia hiburan semata-mata, tetapi apa sahaja topik atau isu terkini dalam kalangan golongan muda akan dipaparkan,” ujarnya. Ditanya sama ada gosip mengenai Nabil ataupun Neelofa akan turut dipaparkan, komen Raqim, walaupun merupakan hos Meletop, mereka juga tidak akan terkecuali. “Mereka (Nabil dan Neelofa) tidak akan terlepas. Nabil dan Neelofa kena terbuka untuk menjelaskan sendiri mengenai gosip yang melanda diri mereka. “Bukan sahaja Nabil dan Neelofa, malah kami akan menjemput beberapa artis ke studio untuk mereka jelaskan sendiri mengenai gosip yang melanda diri,” jelasnya lagi. Sementara itu, bagi Nabil, peluangnya untuk muncul semula sebagai pengacara televisyen setelah dua tahun tidak melakukannya merupakan sesuatu yang tidak harus dilepaskan. Ungkapnya, dia sangat rindu dan teruja untuk mengacarakan program TV kerana bakatnya juga diasah melalui program di layar kaca iaitu Raja Lawak. Mengulas mengenai Meletop, ujar Nabil, ia bukan sebuah program gosip yang serius, tetapi lebih kepada gosip yang santai. “Saya baru lima tahun dalam industri, jadi tidak sesuai sekiranya bercerita mengenai gosip artis-artis lama seperti Rosyam Nor. Apa yang saya suka mengenai Meletop kerana gosip yang ditampilkan tidak terlalu serius,” katanya. Sementara bagi Neelofa pula, Meletop menjadi platform untuk dirinya menonjolkan sisi yang berbeza daripada sebelum ini. “Selama ini saya lebih dikenali dengan gaya formal dan feminin, tetapi apabila saya mengacarakan Meletop saya kena menjadi gila-gila,” ungkapnya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails