Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Satu cinta dua jiwa - Farid dan Diana

AKHIRNYA 3 November 2012 menjadi saksi penyatuan dua jiwa antara pelakon terkenal Farid Kamil Zahari, 31, dan Diana Danielle Danny Beeson, 21, selepas empat tahun bercinta. Melalui kehidupan percintaan yang begitu rahsia, pasangan ini juga memilih untuk tidak menghebahkan tarikh pertunangan mereka yang hanya dijalankan secara tertutup pada 2 September lalu. Ternyata kejutan demi kejutan menjadi kesinambungan kisah bahagia mereka. Sebelum ini jika ditanya mengenai tarikh asal majlis pernikahan mereka, perkara tersebut hanya tinggal misteri. Hanya bulan lepas Farid membuka mulut memberitahu tarikh mereka akan disatukan. Walaupun majlis pernikahan itu dilihat agak tergesa-gesa, namun tiada siapa yang dapat menyangkal kesempurnaannya. Bagai pinang dibelah dua merupakan ungkapan terbaik untuk menggambarkan pasangan itu pada majlis yang berlangsung penuh indah. Kelembutan si gadis berjaya mencairkan hati si jejaka untuk memilihnya menjadi suri hidup. Sementara kematangan dan kesediaan Farid memikul tanggungjawab sebagai suami berjaya memberi Diana lebih sebab untuk memilih menamatkan zaman daranya pada usia yang begitu muda. Kasih tanpa noktah menjadi janji yang bakal di pateri dalam hidup mereka. Walaupun ada kata-kata kurang manis yang melingkari majlis pernikahan itu, namun mempelai memilih untuk menikmati hari penting itu bersama restu insan terpilih. Tanggungjawab Bukan sekadar mencari seorang peneman hidup, pelakon serta pengarah muda itu memahami konsep penyatuan sebagai langkah terbesar dalam hidupnya untuk melewati satu lagi fasa penting kehidupan seorang lelaki. Dengan hanya sekali lafaz, Farid dan Diana disatukan dalam sebuah majlis indah dengan tema perkahwinan dalam taman. Muncul dengan pakaian putih bersih, wajah Farid dilihat tenang pada pagi majlis pernikahannya itu. Berucap selepas menunaikan solat sunat syukur sejurus selepas ijab kabul Farid memberitahu, hari tersebut merupakan hari paling bahagia untuk dirinya. "Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi hadir pada majlis pernikahan saya hari ini. "Saya sangat gembira hari ini dan satu pinta saya adalah doa daripada kalian semua agar hubungan suami isteri ini kekal sampai ke syurga," katanya yang nampak segak dengan pakaian rekaan Andy. Melalui fasa perkenalan yang agak panjang menurut Farid, niat untuk memperisterikan Diana mula terdetik sejak di awal perkenalan mereka lagi. Bagaimanapun niat itu terpaksa ditangguhkan dahulu memandangkan Diana baru berusia 18 tahun. "Di awal perkenalan kami, memang sudah terdetik dalam diri saya untuk memperisterikan Diana. Bagaimanapun usia Diana ketika itu masih muda dan mungkin jodoh kami juga belum sampai," katanya yang mengimpikan untuk memperisterikan Diana selepas tujuh bulan berkenalan. Memberi keizinan untuk isterinya terus berkarya, menurut Farid, sebagai suami dia akan terus menyokong minat isterinya itu. Bagaimanapun kebebasan yang diberikan tetap bersyarat. "Saya tidak akan menghalang Diana untuk terus berlakon. Pinta saya cuma dia pandai jaga diri, saya dan perkahwinan," katanya. Menjawab soalan mengapa mereka terlalu berahsia mengenai hubungan yang terjalin sebelum ini, Farid berkata, itu merupakan cara dia mengabadikan saat indah milik mereka berdua. "Saya ambil keputusan untuk simpan detik ini antara kami berdua. Saya harap pihak peminat faham mengapa saya tidak terlalu terbuka untuk membicarakan soal hubungan saya sebelum ini," pintanya. Tangguh umrah Menikahi seorang gadis berumur 21 tahun bukan perkara yang merunsingkan Farid apabila sering memuji kematangan yang ditunjukkan isterinya itu. Antara harapan Farid untuk Diana adalah agar isterinya itu sentiasa berusaha memperbaiki diri. "Diana seorang yang matang, malah keinginan yang ditunjukkan untuk belajar sentiasa membuatkan saya tertarik terhadap dirinya. "Harapan saya agar dia sentiasa memperbaiki diri dari segi agama," kata Farid yang turut berseloroh mengatakan Diana merupakan kawan 'minah saleh' pertamanya. Memilih Mekah sebagai lokasi bulan madu menurut Farid, impian itu terpaksa dilupakan dahulu kerana mereka berdua gagal mendapatkan visa. Bagaimanapun impian bulan madu mereka tetap diteruskan dengan memilih kota indah Istanbul, Turki sebagai lokasi meraikan cinta. "Saya memang mahu ke Mekah bagi menunaikan umrah dengan isteri saya. Bagaimanapun hasrat itu terpaksa dilupakan selepas kami gagal mendapat visa. "Buat masa ini kami akan ke Istanbul dahulu," katanya. Ditanya pendapat mengenai keinginan isterinya untuk menyambung pengajian di luar negara, menurut Farid, sebagai suami dia sentiasa menyokong pilihan isterinya itu. "Saya sentiasa menyokong dia untuk pergi belajar. Namun, jika awal tahun depan dilihat terlalu cepat untuk dia meninggalkan saya," katanya berseloroh. Mengimbau kembali kenangan pertama kali mengenali Diana menurut Farid, perkara itu berlaku ketika mereka menghadiri sebuah majlis bersama. "Pada mulanya saya menegur ibu Diana dahulu dan bertanya status Diana ketika itu. Selepas menyedari Diana sudah ada di belakang saya, saya mengambil kesempatan untuk berjalan bersamanya pada majlis tersebut. "Tidak lama selepas itu saya menghubungi untuk menawarkan watak dalam sebuah filem arahan saya dan dari situ semuanya bermula," katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails