Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

nne, Sumali nikah Disember ini

KETIKA kisah berakhirnya hubungan percintaan pelakon Anne Ngasri dan penyanyi kelahiran Singapura iaitu Aliff Aziz sedikit reda, tiba-tiba timbul cerita kurang enak yang mengatakan pelakon itu sudah menjadi isteri kedua kepada seorang VIP. Bagaimanapun, cerita sensasi tersebut berlalu begitu sahaja dan tanpa disangka Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri telah mengikat tali pertunangan denganSetiausaha Kerja Pemuda UMNO Malaysia yang juga merupakan seorang ahli perniagaan, Mohd. Sumali Reduan dalam satu majlis yang berlangsung di rumah keluarganya di Taman Batu Permai, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada 11 November lalu. Menariknya, pelakon itu bertunang kira-kira dua bulan selepas hubungannya dengan Aliff berakhir. Ia lantas menimbulkan persoalan apabila dengan pantas Anne mendapat pengganti, sedangkan banyak gosip yang tersebar sebelum ini ‘mendakwa’ Aliff yang curang dan penyanyi Adira menjadi punca perpisahan mereka. Bukan sahaja berita pertunangan tersebut agak mengejutkan, sebaliknya Anne juga mengaku akan menikahi duda anak satu berusia 40 tahun yang dikenalinya sejak setahun lalu itu pada Disember ini. Anne yang ditemui Kosmo! sewaktu majlis kesyukuran yang berlangsung di rumah keluarganya baru-baru ini menyatakan dia mahu membuka lembaran baru dalam kehidupannya dan berharap tiada pihak yang membuat pelbagai spekulasi terhadap pertunangannya itu. Kosmo!: Boleh Anne jelaskan kenapa tiba-tiba ambil keputusan untuk bertunang? ANNE: Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur kerana kini saya telah pun bergelar tunangan orang. Kalau semuanya berjalan dengan lancar, saya akan mendirikan rumah tangga pada bulan hadapan, cuma tarikh yang masih belum ditentukan lagi. Bagi saya ini bukan merupakan satu keputusan yang dibuat secara tiba-tiba kerana selama ini saya memang sudah bersedia untuk berkahwin. Lagipun sejak putus cinta baru-baru ini saya tidak pernah menutup hati saya dengan mana-mana lelaki. Adakah anda sedar dengan keputusan untuk bertunang kebanyakan peminat akan menyangka anda yang sebenarnya menjadi punca ketika putus cinta dengan Aliff? Saya sedar perkara sebegitu pastinya akan timbul, namun saya meminta supaya peminat tidak salah sangka kerana apa yang berlaku itu hanya kami yang tahu. Selama ini saya enggan memberikan sebarang komen kerana tidak mahu membuka aib sesiapa. Siapakah lelaki bertuah yang telah berjaya menambat hati anda? Tunang saya itu merupakan duda berusia 40 tahun dan memiliki seorang anak serta ahli perniagaan yang aktif dalam politik. Selebihnya, biarlah media mengetahui cerita tentang tunang saya selepas kami berkahwin pada bulan hadapan. Sejak bila anda mengenalinya? Sebenarnya kami sudah berkawan selama setahun, namun hubungan kami sekadar kawan biasa kerana dia juga merupakan kawan kepada Darling (kakak). Kira-kira sebulan yang lalu, baru kami rapat dan saya anggap kehadirannya dalam hidup saya tepat pada masanya. Selain itu saya melihat ada keserasian yang terjalin sepanjang kami berkawan rapat. Bagaimana pula penerimaan keluarga terhadap pilihan anda dan keputusan untuk berkahwin buat kali kedua? Saya berasa sangat beruntung dan bertuah kerana ahli keluarga sangat merestui hubungan kami. Dia ikhlas menerima diri saya seadanya dan hubungannya dengan ketiga-tiga anak saya juga agak rapat. Adakah dia tahu tentang peristiwa yang melanda diri anda sebelum ini? Sudah tentu dia tahu dan seperti yang saya katakan tadi dia memang ikhlas untuk memperisterikan saya serta tidak kisah dengan apa yang telah berlaku. Dia juga banyak memberikan sokongan kepada saya. Apakah perancangan anda selepas mendirikan rumah tangga nanti? Setakat ini saya belum memikirkan sebarang perancangan lagi kerana mahu memberi tumpuan terlebih dahulu kepada persiapan perkahwinan.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails