Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Mahu terus romantik - Lisa Surihani

Tugas sebagai pelakon seringkali memerlukan seseorang itu melakukan adegan-adegan yang kebiasaannya hanya dilakukan bersama individu terdekat dan juga insan tersayang, contohnya adegan bermain cinta dan juga romantik. Bagi sesetengah pihak, mungkin sukar untuk berbuat demikian apabila bersama dengan seseorang yang tidak dikenali dengan baik, apatah lagi apabila setiap perbuatan itu dirakam untuk ditayangkan melalui kaca televisyen mahupun layar lebar. Itulah antara cabaran yang perlu dihadapi individu bergelar pelakon. Bagi menghidupkan watak yang diamanahkan kepada mereka, ia perlu dilakukan dengan sepenuh hati dan bukan sekadar melepas batuk di tangga. Pelakon wanita yang sudah bertapak lama dalam industri, Lisa Surihani mengakui karier yang dipilihnya itu memerlukannya untuk membezakan antara realiti kehidupan sebenar dan watak yang dibawakan dalam sesebuah drama mahupun filem. "Dalam bidang ini, saya perlu pandai membezakan antara realiti dan juga lakonan, kerana apa yang penonton lihat di kaca televisyen mahupun layar perak tidak lebih sekadar daripada lakonan sahaja. "Tetapi itu tidak bermakna tugas itu akan dilakukan dengan sambil lewa tetapi sebaliknya kerana saya perlu berikan yang terbaik agar lakonan yang diberi berjaya menimbulkan kesan yang dimahukan kepada penonton," kata Lisa. Tegas wanita berusia 26 tahun ini, adegan romantik dan bermain cinta merupakan antara cabaran yang perlu dipikul seorang anak seni selain membuktikan mereka mampu memainkan watak-watak yang melibatkan emosi dan perasaan dengan baik. Lisa juga menambah bahawa dia tidak akan menolak untuk membawakan watak-watak yang memerlukannya terlibat dengan babak romantik dengan pelakon lain, dengan syarat babak tersebut tidak melebihi had yang ditetapkannya. "Sebagai seorang pelakon, saya tidak boleh terlalu memilih watak yang ingin dimainkan kerana ia juga bergantung kepada pengarah dan penulis skrip. Tugas saya adalah untuk menzahirkan watak yang direka itu agar tampak semulajadi. "Walaupun kadangkala wujud perasaan segan untuk melakonkan babak-babak romantik, tetapi saya perlu menolak perasaan itu. Tugas sebagai pelakon memerlukan saya membawakan watak sedemikian. "Tetapi itu tidak bermakna saya tidak meletakkan sebarang had kepada watak-watak yang akan dilakonkan," kata pelakon yang bakal muncul dengan filem terbaru lakonannya, Istanbul Aku Datang!. Filem romantik komedi berlatar belakangkan kota Istanbul, Turki arahan Bernard Chauly yang turut menampilkan Beto Kusyairy, Tomok dan Aizat Amdan ini akan mula berada di pawagam pada 8 November 2012. Yusry tidak halang Tanyalah mana-mana suami, pasti mereka mempunyai perasaan cemburu jika melihat aksi romantik pasangan hidup mereka bersama lelaki lain, tetapi dalam industri hiburan, perkara tersebut merupakan lumrah pekerjaan. Yusry yang ditemui bersama Lisa sewaktu majlis pra-tonton filem Istanbul Aku Datang menjelaskan bahawa dalam bidang lakonan, perkara tersebut merupakan perkara biasa dan tidak perlu dihebohkan. Menurutnya, semua pelakon yang terlibat dengan babak-babak sedemikian tahu apa yang mereka lakukan itu hanya lakonan semata dan tidak melibatkan sebarang perasaan lain. "Saya tidak mempunyai masalah sekiranya Lisa terlibat dengan adegan-adegan romantik kerana saya tahu itu hanya di set penggambaran sahaja dan tiada apa yang berlaku di sebaliknya. "Sejujurnya, saya juga tidak mahu menghalang perkembangan karier lakonan isteri saya kerana bidang ini merupakan bidang yang kami sama-sama minati," jelasnya. Yusry juga berkata jika penonton terkesan dengan babak-babak romantik yang dilakonkan Lisa, itu menunjukkan Lisa berjaya menjiwai watak dengan baik dan perkara tersebut merupakan sesuatu yang positif bagi perkembangan karier seninya. Cahaya mata Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mahukan cahaya mata sebagai pelengkap hidup, Lisa tidak menafikan dirinya sudah bersedia melangkah ke alam baru selepas bergelar isteri semenjak 23 Februari lalu. "Hidup selepas berkahwin memang seperti yang diimpikan. Ini kerana sejujurnya, saya berasa sungguh bahagia bersama suami tercinta. "Kami juga tidak mahu merancang berhubung soal cahaya mata tetapi akan menerima seadanya kerana buat masa ini, saya yakin sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu," jelasnya yang pernah bekerjasama dengan Bernard sebelum ini melalui filem Goodbye Boys. Bagi Lisa, biarlah cahaya mata itu nanti mempereratkan lagi kasih sayang antara dirinya dan suami dan kehadirannya pada saat yang tepat mengikut aturan Yang Maha Esa.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails