Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Shila menangis kerana Sharnaaz


SHILA Amzah terus mengukuhkan namanya sebagai penyanyi selepas berjaya muncul sebagai finalis pertandingan nyanyian One In A Million beberapa tahun yang lalu.

Anak penyanyi tahun 1980-an, N.D. Lala ini misalnya, tampil dengan album single terbarunya beberapa bulan lalu yang memuatkan lagu berjudul Patah Seribu dengan menampilkan pelakon Sharnaaz Ahmad sebagai model klip video lagu itu.

Menurut Shila, dia memilih Sharnaaz berlakon dalam klip video itu kerana tertarik dengan karakter pelakon kacak itu biarpun baru dalam bidang lakonan.

Jelas penyanyi berusia 21 tahun ini, Sharnaaz berjaya menambat hatinya selepas dia menonton telemovie berjudul Penanggal dan Unggunya Cinta yang disiarkan di Astro Prima (Saluran 105, Astro) baru-baru ini.

Lakonan Sharnaaz telah mencuri perhatian Shila yang menganggapnya sebagai seorang pelakon baru yang berbakat besar dalam bidang tersebut.

"Saya bukan sahaja tertarik dengan gaya lakonan Sharnaaz yang saya ingat sampai hari ini, malah saya juga menangis sewaktu menonton drama Unggunya Cinta lakonannya," katanya.

Menurut Shila, kerana tertarik dengan gaya lakonan Sharnaaz, dia tidak berfikir lama dengan menjemput sendiri pelakon itu menjalani penggambaran klip video Patah Seribu yang menjalani penggambarannya pada bulan puasa lalu.

"Saya yakin dengan kemampuan Sharnaaz bagi menghidupkan klip video terbaru saya itu. Pada masa sama, saya juga turut berlakon dengan Sharnaaz dalam klip video itu. Saya dan Sharnaaz berlakon dalam 10 adegan klip video arahan Michael Ang. Saya puas kerana dapat berlakon dengannya," ujarnya.

Selain menggunakan khidmat Sharnaaz sebagai pelakon dalam klip video Patah Seribu, sebelum itu telah timbul gosip mengatakan Shila turut berkawan rapat dengan jejaka terbabit hingga ada yang mengatakan mereka kini sedang bercinta.

Shila dikatakan pernah meletakkan gambarnya dan pelakon itu dalam telefon bimbitnya di mana ia turut disiarkan menerusi rancangan Melodi terbitan TV3 tidak lama dulu.

Shila bagaimanapun enggan mengulas lanjut, sebaliknya mengatakan bertukar-tukar gambar dalam telefon bimbit adalah perkara biasa, malah pada masa sama mengakui dia masih belum mempunyai teman lelaki.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Memori Tercipta, kini mahu memberi tumpuan kepada bidang nyanyian selepas tiga tahun bernaung di bawah pengurusan syarikat rakaman Monkey Bone.

"Sekarang ini saya tidak terikat dengan mana-mana syarikat rakaman. Saya yang mahu menamatkan kontrak dengan mereka lebih awal kerana lebih senang bergerak secara sendirian sebagai penyanyi.

"Biarpun dalam kontrak itu saya sepatutnya menghasilkan dua lagi album tetapi saya tidak menyesal. Selepas ini, kalau saya mahu merakamkan album semua perbelanjaannya saya tanggung sendiri," jelasnya.

Shila yang pernah muncul dengan sebuah album bertajuk Bebaskan pada 2008 tiada masalah untuk bergerak sendirian kerana dia sentiasa mendapat sokongan daripada bapanya yang juga penyanyi popular tahun 1980-an.

Dengan berbekalkan bakat menyanyi dan bermain gitar dia juga tiada masalah untuk mencipta lagu-lagu serta lirik sendiri bagi dimuatkan dalam album-album yang akan diterbitkannya pada masa akan datang.

"Buat masa ini, saya telah mencipta hampir 30 buah lagu yang belum pernah dirakamkan. Kalau saya mahu merakamkan album baru, saya akan gunakan lagu-lagu itu. Saya yakin dengan kemampuan lagu-lagu ciptaan sendiri.

"Buktinya, lagu Patah Seribu kini semakin mendapat sambutan ramai pendengar selepas banyak stesen radio menyiarkannya terutamanya Hot FM sejak pertengahan Ogos lalu," katanya lagi kepada Hits.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails