Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Ada sebab saya bersuara - Neelofa

KEMUNCULANNYA dalam dunia hiburan tanah air baru setahun jagung. Namun publisiti yang diterima oleh Noor Neelofa Mohd. Noor, 23, umpama sudah beribu tahun. Sejak namanya dicanang sebagai heroin filem Azura, arahan Aziz M.Osman pada 2011, pelakon yang dicungkil bakatnya menerusi pertandingan Dewi Remaja 2010 itu tidak henti-henti mendapat perhatian media. Ternyata kecantikan semulajadi yang dikurniakan Allah itu secara tidak langsung membantu Neelofa mengukir nama di persada seni tanah air lebih pantas berbanding rakan artis yang seangkatan dengannya. Pelakon yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu bukan sekadar mendapat tawaran berlakon drama malah turut diberi tanggungjawab sebagai hos dalam program Paparazzi dan Nona. Antara drama lakonannya adalah Tahajud Cinta, Kasih Najihah, Kitab Cinta dan Jiwa dan Lara sementara filem, Hantu Kapcai, Lemak Kampung Santan, SAM dan Taiko. Ekoran populariti mendadak itu juga ada cerita kurang enak yang mendakwa Neelofa mula besar kepala dan berlagak diva. Isu Neelofa berlagak diva dibangkit kerana dalam Facebooknya dia menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pemilihan pakaian untuk rancangan Nona. “Saya bersuara ada sebab bukan saja-saja nak tunjuk berlagak atau pandai. Apa yang saya luahkan dalam Facebook adalah untuk kebaikan program dan bukan kerana pentingkan diri," katanya membela diri. Neelofa berkata, isu tentang pakaian sudah disuarakan beberapa kali kepada pihak berkenaan tapi tidak diambil tindakan dan cara terakhir adalah menyuarakan pada laman sosial tersebut. “Apabila status itu mendapat reaksi daripada ramai orang, saya pun merujuk pada orang yang berpengalaman. Mereka kata, saya boleh menyuarakan rasa tidak puas hati tapi biar dengan cara betul. “Atas nasihat itu, saya akan lebih berhati-hati di masa hadapan untuk menyuarakan pandangan. Sesungguhnya saya tidak ada niat untuk mengeruhkan keadaan atau tunjuk berlagak cuma menyuarakan rasa hati yang terpendam sahaja," katanya terus terang. Dengki, rezeki dan cinta Neelofa yang bakal muncul dalam drama Kau Yang Terindah pada slot Akasia di TV3 turut menafikan yang dia dengki dengan kejayaan Tasha Shila yang berjaya menewaskannya pada satu majlis penganugerahan bintang popular baru-baru ini. Katanya, setiap orang ada rezeki masing-masing dan dia tidak pernah berdendam atau dengki dengan kejayaan rakan artis lain. “Masing-masing telah ditentukan rezeki oleh Allah. Buat apalah saya nak dengki. Bagi saya, apa yang penting adalah mempertingkatkan usaha untuk menjadi seorang yang berjaya dalam apa jua bidang. “Tidak kiralah untuk lakonan atau pengacaraan. Setiap apa yang diceburi, saya akan cuba lakukan dengan terbaik kerana tidak mahu menghampakan harapan orang yang yakin dengan bakat saya," katanya terus terang. Penuntut tahun kedua jurusan Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa dan Pemasaran, Sunway University College, Selangor itu juga tidak lepas dengan cerita cinta. Pada majlis pelancaran BellaVita, produk suplemen kesihatan dan antipenuaan milik keluarganya, Neelofa turut ditanya tentang hubungannya dengan pelakon Hans Isaac. Dia yang cuba mengelak soalan berunsur peribadi itu, bagaimanapun tidak menafikan yang mereka masih lagi berhubungan dan bukan sudah putus seperti yang didakwa. “Kami masih lagi berhubungan, cuma sekarang ini masing-masing sibuk. Apa yang saya boleh kata, hubungan kami belum sampai ke peringkat keluarga," jelasnya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails