Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Eida turun 20 kilo

HAMPIR tidak mengenali Eida Moin yang menjadi pengacara pada majlis pra dengar lagu baru Nurul Huda Abdul Wahab, di Duchess, Jalan Ampang, baru-baru ini. Mana taknya, Eida, 33, yang sebelum ini mempunyai berat badan 72 kilogram, kini sudah berkurang kepada 52 kilogram. Apa rahsianya? Kata Eida dia tidak melalui proses diet yang melulu dan tetap mengambil makan seharian seperti biasa. “Eida makan seperti biasa tapi elak daripada mengambil karbohidrat berlebihan. Kalau ambil nasi pun sikit saja. Mula-mula ikuti program diet lima bulan lalu, Eida hanya makan makanan stim dan banyakkan minum air kosong. “Selain diet, Eida juga mengamalkan pemakanan kesihatan nutrisi. Hasilnya, dalam tempoh lima bulan, Eida boleh hilangkan 20 kilogram," ceritanya. Bagaimanapun sempat juga dia melahirkan kekecewaan kerana meskipun berat badan sudah menurun, tawaran lakonan masih sukar diperoleh. “Kita sudah penat menurunkan berat badan, pengarah suruh gemuk balik kalau nak berlakon. Ish, cukup-cukuplah badan nampak macam belon, nanti takut penyakit lain pula datang," katanya terus terang. Eida yang pernah bergandingan dengan adiknya, Eddy dalam duo Moin berkata, sekarang ini bukan sahaja berlakon, dia juga aktif menjadi pengacara. Selalu juga dia diundang menjadi pengacara untuk program hari keluarga badan-badan korporat. “Dah lama Eida jadi pengacara sebenarnya. Biasalah Eida suka bercakap. Untuk jadi pengacara hari keluarga tidak perlu formal," ceritanya. Oleh kerana dia bermula sebagai penyanyi, maka niat untuk meneruskan langkah dalam bidang nyanyian tetap ada tapi Eida hanya menunggu waktu yang sesuai untuk kembali ke dunia seni suara. “Ada juga orang panggil menyanyi tapi Eida malas sebab tidak ada lagu baru. Kalau untuk satu atau dua lagu, Eida ambil juga. “Memang ada niat nak buat comeback menyanyi, tapi tak nak tergesa-gesa. Kalau boleh Eida nak bila buat penampilan, biarlah yang menarik," kata ibu kepada Nur Dhia Dania, 4.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails