Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Sepi hati Zamani

Kelam, suram dan tertekan. Mungkin itu antara campuran perasaan yang terpaksa dihadapi oleh lelaki ini yang mahu lari daripada rasa kecewa yang berbekam di hati. Namun, kini dia sudah cukup kuat untuk kembali melangkah dalam industri seni tanah air sekali gus memberi cahaya baru kepada kerjaya seni Zamani Ibrahim setelah sekian lama menyepi. Mengakui dirinya memang diselubungi perasaan sunyi, tetapi dia tetap bersyukur kerana masih ada insan yang sedia memberi perhatian kepadanya. "Kalau nak bercerita pasal kecewa mengenai perkara lampau, bagi saya itu memang asam garam kehidupan. "Kalau perkara tersebut kita tidak lalui, tiada warnalah kehidupan kita. "Saya mengaku, dulu memang rasa agak tertekan dengan apa yang menimpa. Namun, dalam masa yang sama, banyak perkara yang lebih berharga dapat dipelajari daripada pengalaman lampau. "Memang ada hikmah di sebalik semua kejadian yang berlaku," katanya penuh rendah diri ketika ditemui di studio rakaman Erama TV, di Kuala Lumpur baru-baru ini. Kehadiran Zamani di studio rakaman tersebut merupakan satu langkah baru untuknya bangkit setelah sekian lama menyepi. Ketika ini, dia sibuk menjalani rakaman untuk single terbarunya, Gerimis Mengundang Lagi yang dihasilkan khas untuk runut muzik filem Gerimis Mengundang yang akan menemui penonton di panggung wayang pada 31 Mei ini. Mendapat kepercayaan penuh daripada komposer yang sudah menghasilkan lebih 500 lagu, Saari Amri, tidak salah kiranya dikatakan bahawa nama Zamani akan kembali meniti di bibir peminat. Ini kerana peminat sentiasa menantikan kemunculan semula pelantun lagu Gerimis Mengundang ini. Ditebak persoalan mengapa dia lebih gemar 'bersembunyi' dan berdiam diri, Zamani mengakui dia memilih untuk 'hilang' sebentar daripada industri. "Bagi saya, kalau tidak ada apa yang hendak dipromosikan, saya lebih suka senyap. Itu memang cara saya. "Tapi bila ada benda untuk di promosi, memang saya akan kerah seluruh tenaga untuk memastikan semua perkara berjalan lancar. "Lagipun, ketika ini ramai artis baru yang lahir dengan album mereka. Apa salahnya beri peluang kepada mereka pula untuk menonjolkan diri dalam industri," katanya lagi. Zamani dalam masa yang sama sempat berkongsi cerita bagaimana penerimaan warga Indonesia terhadapnya di sana. Berpeluang muncul dalam rancangan Bukan Empat Mata di Indonesia, ternyata nama Zamani sememangnya sentiasa segar di negara jiran itu. "Ketika berada di sana, apa yang membuatkan saya terkejut ialah apabila anak-anak muda juga turut mengetahui lagu Gerimis Mengundang. "Malah pemandu teksi di sana juga mampu menyanyikan kembali setiap rangkap lagu tersebut dengan baik. "Bagi saya mereka masih lagi ingin dengar lagu-lagu dari Malaysia. "Cuma kita perlu bersedia menghadapi cabaran untuk menembusi industri mereka di sana," katanya bersemangat.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails