Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Seronok sangat lepas bernikah
SELEPAS bergelar isteri, nampaknya kehidupan pelakon Fasha Sanda semakin sempurna. Malah, pelakon anak mami itu tanpa berselindung mengaku hidupnya sangat bahagia setelah bergelar isteri kepada orang yang selama ini dicintai sepenuh hatinya.
Banyak yang Fasha kongsikan dengan peminat di laman sosial termasuklah gambar-gambar romantis percutian bulan madunya dengan Jejai di Pulau Redang baru-baru ini.
Mereka yang berada dalam fan page pelakon itu juga dapat melihat secara eksklusif gambar-gambar romantis kala berbulan madu.
Ada yang kagum dengan pilihan Fasha yang hanya memilih lokasi dalam negara sebagai tempat menghabiskan acara bulan madu. Apa yang dilakukan Fasha sebenarnya boleh dijadikan contoh kepada sebahagian pengantin baru kita, bahawa Malaysia pun sangatlah cantik dan bererti untuk menghabiskan masa bersama insan tersayang. Tak payah ke luar negara sangatlah.
Hits juga tertarik dengan satu kenyataan Fasha dalam Twitternya yang memberitahu dia sedang menunggu suami pulang untuk sama-sama berjemaah di sebuah masjid berdekatan kediaman mereka.
Malah, Fasha turut mengajak peminat yang berada di sekitar kawasan berkenaan untuk sama-sama berjemaah dengan pasangan masing-masing.
Benarlah kata orang, pernikahan boleh merubah banyak benda dalam hidup manusia. Fasha juga salah seorang daripadanya dan semoga perubahan itu datang dari dalam hatinya yang ikhlas.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]