Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Saya dan Almy masih baik - Fizz

AKTOR Fizz Fairuz yang sebelum ini secara terbuka meluahkan niat di hatinya untuk melamar kekasihnya, aktres Almy Nadia selepas dia meraih Anugerah Pelakon Lelaki TV Paling Popular pada majlis Anugerah Bintang Popular 2011 baru-baru ini, kini mengakui hubungannya dengan pelakon itu masih baik. Apa yang menimbulkan isu, Almy sebelum ini sebaliknya mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak tahu-menahu mengenai niat Fizz itu dan mengatakan hubungan mereka sebenarnya bagaikan retak menanti belah. Malah, Almy mendakwa Fizz sudah lama tidak menghubunginya. Kenyataan yang bercanggah antara pasangan kekasih ini benar-benar mengelirukan pihak media dan juga peminat mereka. Kosmo! cuba merungkai kekeliruan tersebut ketika bersua dengan Fizz dan ibunya, Noor Haizan Jantan, 65, pada majlis Rafflesia Mother's Day Celebration anjuran Rafflesia dengan kerjasama Lord's Tailor di Hotel Royal Kuala Lumpur baru-baru ini. Fizz bagaimanapun hanya menjawab segala persoalan yang ditujukan kepadanya secara serba ringkas sahaja. Bagaimanakah situasi hubungan Fizz dan Almy buat masa ini? Kami masih baik, masih berhubung (antara satu sama lain). Bilakah Fizz mahu masuk meminang Almy? Saya tidak boleh komen mengenai perkara itu kerana mahu tunggu sehingga ibu saya pergi dan pulang dari menunaikan umrah pada bulan Jun ini. Fizz secara terbuka menjelaskan niat untuk berkahwin sedang Almy membuat kenyataan media bahawa dia langsung tidak tahu-menahu mengenai niat Fizz itu. Boleh komen? Salahkah saya memasang niat untuk berkahwin tetapi saya belum tahu jodoh saya dengan siapa kerana itu kerja Allah? Memanglah dia tidak tahu sebab saya belum datang bertanya (merisik), kita orang Melayu harus ikut adat. Fizz memberi kenyataan mahu berkahwin tetapi Almy mengatakan hubungan kalian sudah goyah dan di ambang perpisahan. Sila komen? Saya tidak salahkan dia membuat kenyataan itu. Mungkin dalam hatinya dia bimbang kerana hubungan kami sudah terlalu lama iaitu lima tahun. Apa yang saya tahu kami masih baik seperti dahulu. Almy ada membuat kenyataan bahawa Fizz kini jarang menghubunginya? Komen Fizz? Sebenarnya dua tahun kebelakangan ini, kami berdua sangat sibuk. Saya menerima banyak tawaran lakonan dan sibuk di set penggambaran. Begitu juga dengan Almy, apa pun saya menyokong kejayaan kerjayanya. Maknanya, Fizz memang benar-benar mahu menamatkan zaman bujang tahun ini juga? Memang saya kata saya mahu tamatkan zaman bujang tahun ini tetapi belum ada tarikhnya, saya sendiri tidak tahu bila saya akan berkahwin. Adakah Fizz terguris hati dengan segala kenyataan Almy? Saya tidak terguris hati tetapi sedikit kecewa kerana isu ini diperbesar-besarkan. Bukan mudah untuk saya berada pada tahap sekarang ini, saya tidak mahu cerita seperti ini akan menjatuhkan reputasi saya. Selepas ini saya tidak mahu bising - bising lagi mengenai cerita kahwin, saya tunggu sahaja selepas ibu pulang daripada umrah.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails