Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Anzalna Ditawar Watak Heroin Dalam 2 Filem

PETALING JAYA: Pelakon seksi Nur Anzalna Nasir yakin watak heroin yang bakal dibawanya dalam dua buah filem baru iaitu “Sepah The Movie” dan “Dr K Kahwin Lima” akan mendapat perhatian ramai danmeletakkan namanya setaraf dengan aktres-aktres utama yang lain. Kata Anzalna, dia kini semakin berani untuk menerima tawaran bagi membawa watak utama dalam drama televisyen mahu pun filem selepas hampir setahun bergelar pelakon. Anzalna, 24, berkata kepercayaan penggiat industri dan rakan-rakan artis terhadap potensi bakatnya itu memberikan keyakinan kepadanya untuk terus memperbaiki mutu lakonannya. “Saya semakin berani untuk menerima tawaran bagi watak utama dalam drama dan filem pada tahun ini. “Sebelum ini, saya tidak yakin dan belum bersedia tetapi beberapa penerbit dan pengarah menaruh keyakinan yang tinggi kepada saya untuk membawa watak utama sebagai heroin dan saya tidak akan menghampakan peluang itu,” katanya kepada mStar Online, portal berita BahasaMalaysia The Star. Aktres yang kini muncul dengan drama aksi bersiri Indera Joned (TV3) menambah, dia melihat perubahan itu sebagai satu platform yang baik untuk perkembangan kerjayanya. “Baru-baru ini, saya ditawarkan watak utama dalam drama Mahabbah untuk TV3, drama Adam & Hawa (Astro) bersama Aaron Aziz dan filem terbaru Dr K Kahwin Lima (KRU Studios) tidak lama lagi,” katanya.
Bekas finalis pertandingan Dewi Remaja 2010 ini juga bakal muncul dalam filem pertamanya berjudul Sepah The Movie (arahan MP Roslin) pada hujung tahun ini. Dia menggalas watak heroin bernama Ayu Sofia di samping kumpulan pelawak popular tanah air Sepah dan Jehan Miskin dalam filem komedi itu. Ditanya mengenai filem baru bersama KRU Studios itu, Anzalna berkata, jalan cerita filem itu masih dirahsiakan kerana pengambaran belum bermula. Bagaimanapun dia memberi jaminan, filem itu sangat menarik dan lain daripada yang lain. Ditanya mengenai kekerapannya membawa teman lelaki, Hanif Zaki, 24, pada majlis-majlis hiburan dan penggambaran drama dan filem, Anzalna enggan mengambil serius perkara itu. “Walaupun ia bukan isu besar bagi saya atau keluarga tetapi terdetik juga perasaan kecewa kerana orang mudah untuk bercakap apa saja tanpa mengetahui dengan mendalam mengenai sesuatu perkara. “Saya selesa ditemani oleh dia kerana saya percayakan dia selain keluarga sendiri. Malah, dia juga sanggup berkorban masa dan bertolak ansur demi untuk menemani saya,” tambahnya yang sudah hampir setahunmenjalin hubungan dengan lelaki itu.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails