Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Kami masih bersama


SEJAK percintaan mereka diketahui umum dan mula menjadi bualan ramai, ternyata ia bukan sesuatu yang memudahkan, baik buat Tiz Zaqyah mahupun kekasihnya, Remy Ishak.

Kerana yang pasti, andai ternampak wajah kedua-duanya, baik ketika bersama mahupun berseorangan, yang ditanya hanyalah soal hati dan perasaan. Bukan lagi mengenai perkembangan kerjaya masing-masing.

Tiz Zaqyah sendiri mengakui perkara tersebut. Katanya, soalan peribadi yang membabitkan kisah cinta pasti tumpuan dan seringkali menghambat dirinya.

Biarpun tidak menganggap ia sesuatu yang menganggu kehidupan kata Tiz, adakalanya ia tetap merimaskan.

Berbanding sewaktu merahsiakan perhubungan cintanya dengan Remy, dia bebas bergerak ke mana sahaja tanpa dikaitkan dengan aktor kacak pujaan ramai itu.

Bagaimanapun, menurut Tiz yang popular menerusi watak Nur Amina daalam drama Nur Kasih itu, sejak hubungan cintanya diketahui umum, terlalu banyak cerita kurang enak yang menjelma.

Kini katanya, kalau menghadiri majlis hiburan tanpa si jantung hati, akan timbul pelbagai spekulasi yang mengatakan antara mereka sudah putus cinta.

Mungkin sahaja persoalan panas itu timbul gara-gara status buah hatinya itu sendiri seperti yang tertera di laman sosial facebooknya.

Kenyataan Remy yang cukup ringkas iaitu ‘End’ pada status laman sosialnya itu telah memanaskan keadaan serta memberi pelbagai pengertian pada setiap individu yang membacanya.

Lebih-lebih lagi apabila kini kedua-duanya sudah jarang kelihatan bersama di acara-acara penting.

Ada juga yang berpendapat status itu sebagai penamat hubungan antara Tiz dan Remy kerana sudah menjadi budaya masyarakat masa kini yang amat gemar menguar-uar kisah cinta di Internet.

“Kami masih bersama.” Demikian tegas Tiz ketika ditemui baru-baru ini. “Siapa yang pandai-pandai buat cerita, kata kami sudah putus.

“Tiz sudah penat mendengar gosip begini. Dulu waktu orang tidak tahu (tentang hubungan cinta), pelbagai cerita juga disebarkan.

“Sekarang ini, bila semua sudah tahu tentang hubungan kami, masih ada lagi cerita-cerita yang tidak enak keluar.”

Bagaimanapun, tegas Tiz, dia tidak pernah tergugat dengan setiap gosip panas yang melanda hubungannya dengan Remy.

Ini kerana kata Tiz, hanya dia dan Remy sahaja yang mengetahui apa yang berlaku pada hubungan mereka dan dia langsung tidak terganggu dengan kisah-kisah yang tidak benar sama sekali itu.

Malah tegasnya, selagi Remy tidak bersuara mengenai kisah cinta mereka yang didakwa putus di tengah jalan itu, dia tetap yakin bahawa hubungan mereka masih utuh seperti sedia kala.

Tiz juga mengakui, akibat terlalu banyak kisah-kisah cinta yang keluar di media massa, ada peminat yang marah-marah.

Bagaimanapun bagi Tiz, dia menerima semuanya dengan hati yang terbuka. Tegasnya, setakat ini dia masih mampu bertahan dengan segala gosip yang melanda.

“Gosip adalah sebahagian daripada kerjaya dan Tiz tidak pernah menyesal dengan apa yang dilalui kerana perkara itu akan terhenti apabila orang sudah penat bercakap.

“Kalau Tiz nak marah-marah pun tak guna kerana orang tetap akan bercakap juga. Biarlah, mereka nak kata apa. Sekurang-kurangnya kehadiran Tiz dalam bidang seni ini mendapat perhatian ramai,” katanya tersenyum.

Lari ke Sabah

Lebih senang memberi tumpuan pada karier lakonan, kata Tiz, tahun ini sahaja, jadualnya padat dengan tawaran sehingga Jun ini.

Menurut Tiz yang namanya mula mendapat perhatian dalam drama bersiri Nur Kasih, tawaran berlakon tidak pernah berhenti.

Tiz yang baru muncul dalam filem kedua, Cinta Kura-Kura arahan Nizam Zakaria berkata, dalam waktu terdekat ini, dia akan ke Kota Kinabalu, Sabah untuk tempoh tiga bulan.

“Jangan nak buat pelbagai spekulasi pula. Tiz ke sana bukan nak mengubat hati nan lara akibat putus cinta seperti yang digembar-gemburkan.

“Tiz ke sana ada misi tersendiri iaitu menjalani penggambaran drama Dejavu Di Kinabalu bersama Aqasha. Dalam drama itu Tiz pegang watak Nadira,” ceritanya.

Sebaik sahaja selesai penggambaran drama tersebut, kata Tiz, dia perlu membuat persiapan untuk terbang ke Eropah bagi menjalani penggambaran drama, Cinta Jangan Pergi.

Drama untuk siaran TV9 yang bakal diterbitkan oleh Scape Film itu dibuat khas untuk Tiz dan kekasihnya, Remy.

“Sejak kami bergandingan dalam drama Nur Kasih dan filem Nur Kasih The Movie, ramai yang mahu kami berkolaborasi bersama. Jadi itulah drama yang Scape Film cadangkan.

“Drama Cinta Jangan Pergi akan memulakan penggambaran selewat-lewatnya Jun ini dan tempoh penggambaran juga sekitar tiga bulan.

“Kiranya tahun ini, Tiz memang sibuk di lokasi penggambaran,” katanya yang lebih senang menfokuskan diri untuk berlakon drama berbanding layar perak.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails