Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Ogy Batal Saman: Johan (Raja Lawak) Enggan Beri Komen


PETALING JAYA: Pelawak dan penyampai radio Era FM, Johan (Raja Lawak) enggan mengulas mengenai keputusan pelakon, Fauziah Ahmad Daud atau Ogy yang membatalkan hasrat untuk menyamannya.

Johan berkata, hanya mengetahui perkara itu menerusi laporan akhbar dan tidak berhasrat untuk bercerita panjang mengenai kes tersebut.

"No comment," ujarnya kepada mStar Online.

Johan ditemui selepas pertandingan akhir program Raja Lawak musim ke enam yang diadakan di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini, pada Jumaat.

Ogy sebelum ini berhasrat menyaman Johan kerana telah mempersendakannya sewaktu digandingkan sebagai pengacara dalam Festival Filem Malaysia Ke 24 (FFM24) lalu.

Dalam pada itu, ditanya adakah Ogy sendiri telah menyampaikan berita itu kepadanya Johan sekali lagi menegaskan dia hanya mengetahui melalui akhbar.

"Setiap pagi memang saya membaca semua akhbar bagi mendapatkan maklumat untuk program yang dikendalikan di Era dan mengetahui daripada situ," ujarnya.

Sementara itu, Johan tetap dengan jawapan 'enggan mengulas' apabila ditanya adakah dia ada berhubung dengan pelakon itu untuk berbincang mengenai perkembangan berkenaan.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails