Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Almy Nadia tabah


SEMUA orang sedia maklum kisah hubungan cinta Almy Nadia Aminuddin Shah, 26, dengan Fizz Fairuz yang sudah terjalin sejak lima tahun lalu.

Percintaan mereka sering menjadi topik kerana sehingga kini belum ada titik noktah untuk menuju ke gerbang perkahwinan sebaliknya yang kerap timbul adalah persengketaan.

Sekejap keluar cerita yang mendakwa hubungan mereka putus di tengah jalan dan kemudian kembali bercantum.

Bagi Almy, gelombang percintaannya dengan Fizz yang sering menjadi perhatian umum itu sedikitpun tidak menganggu-gugat tumpuannya dalam kerjaya.

"Setakat ini Almy belum lagi jemu dengan gosip yang sering menimpa diri kerana gosip adalah sebahagian daripada kerjaya artis.

"Disebabkan itu, sejak awal lagi Almy sudah bersedia dari segi mental. Kalau tidak mempunyai kekuatan mental, entah apalah yang akan terjadi pada diri Almy ini," akuinya yang tidak putus dilanda gosip hubungan cinta dengan Fizz sejak setahun lalu.

Almy yang ditemui pada majlis pelancaran wajah baru Wanita Inspirasiku di Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini dengan tegas berkata, hubungannya dengan Fizz masih utuh.

Meskipun sedikit terkilan dengan khabar angin yang tidak berasas itu, Almy berkata, dia tetap akan terus bergiat dalam bidang seni.

"Kenapa Almy perlu mengalah pada cerita yang tidak berasas itu. Lagipun kita tidak dapat memuaskan hati semua orang dan mereka boleh buat cerita atau kata apa sahaja.

"Paling penting Almy dan Fizz serta keluarga tahu apa yang berlaku. Biarlah orang nak buat spekulasi, bila sampai masanya tentu kami akan beritahu perkara sebenar. Sehingga kini hubungan Almy dengan Fizz tidak ada masalah," tegasnya.

Menurut Almy, dalam setiap hubungan perlu ada perasaan mempercayai antara satu sama lain dan barulah ia dapat menangkis segala gosip.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails