Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Kerjaya bukan halangan bersukan

Namun bagi penyampai berita perdana di RTM ini, ternyata kerja bukanlah alasan baginya untuk mengelak daripada melakukan aktiviti berfaedah tersebut. Bagi Shahril Sarapudin atau lebih mesra disapa Shahril, sukan merupakan perkara asas yang perlu diberi perhatian dalam kehidupan seharian. Dia memilih sukan badminton dalam memastikan dirinya sentiasa berada dalam keadaan sihat sekali gus dapat menghindarkan dirinya daripada penyakit. Sememangnya dia sudah bergiat aktif dalam sukan tersebut sejak dari bangku sekolah lagi. Justeru, dia tidak mahu aktiviti itu terhenti walaupun kini dia sudah bekerja. "Bagi saya, tidak ada alasan untuk tidak bersukan walaupun kita sudah bekerja. "Apa yang penting kesihatan kita terjaga. Macam saya sendiri, apabila ada sahaja peluang untuk bersukan, saya akan gunakan sebaiknya. "Kebiasaannya, setelah habis tugasan membaca berita, saya akan bergegas ke sini untuk bermain badminton. "Tak kisahlah pukul berapa habis baca berita, yang penting saya akan datang juga," katanya penuh bersemangat ketika ditemui di Pusat Badminton Suria Sports yang terletak di Subang Jaya. Menurut Shahril, dia memilih lokasi berkenaan adalah kerana faktor fasiliti lengkap yang disediakan di situ. "Di sini terdapat 30 gelanggang badminton bertaraf dunia dan sememangnya kemudahan di sini sangat lengkap dan memuaskan. "Lebih-lebih lagi kadar bayaran yang dikenakan juga adalah berpatutan, malah tempat ini juga sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga mahu pun rakan-rakan. "Di samping dapat mengeluarkan peluh dengan aktiviti berfaedah ini, sebenarnya dalam masa yang sama, ia juga merupakan platform untuk bersosial. "Tidak perlu bersosial hanya di laman sosial dan terperuk di rumah mahupun pusat membeli-belah. aktiviti ini sudah pasti membawa lebih banyak kebaikan," jelas anak kelahiran Kuala Krai, Kelantan ini yang menjadikan jaguh badminton negara, Datuk Misbun Sidek dan juga Datuk Lee Chong Wei sebagai idola. Tambah Shahril lagi, jika berkesempatan, dia akan meluangkan masa tiga kali seminggu untuk melakukan aktiviti tersebut. "Bila kita selalu melakukan aktiviti sihat sebegini, badan akan jadi sihat dan semua perkara akan jadi senang. "Apa-apa pun, semuanya terpulang pada diri kita sendiri sama ada hendak pilih cara hidup yang sihat atau pun tidak," katanya sambil mengikat tali kasut sebelum memulakan permainan.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails