Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Perubahan hidup Aizat

Tetapi seandainya niat yang ditanam di dalam hati itu merupakan sesuatu yang suci dan murni, maka Allah SWT dengan mudah akan memperkenankannya. Lalu apabila Muhammad Aizat Amdan atau lebih dikenali sebagai Aizat diberi peluang untuk mengunjungi rumah Allah selama dua minggu pada 19 Mac lalu, dia benar-benar bersyukur. Lebih manis lagi apabila dia berpeluang mengerjakan umrah bersama dua sahabat baiknya iaitu vokalis kumpulan Hujan, Noh dan rapper terkenal, Altimet. Kata Aizat, walaupun dia sibuk dengan urusan hariannya, satu yang pasti dia tidak pernah henti berdoa agar permintaannya untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci dimakbulkan. Tambahnya, perasaan itu semakin meluap-luap untuk ke sana selepas bapanya, Datuk Amdan Mat Din mengerjakan haji tahun lalu. "Sebenarnya, saya pernah mengerjakan umrah pada usia 12 tahun. Tetapi ketika itu, saya masih muda dan mentah. Jadi, tidak banyak yang boleh saya hargai dan lakukan. "Lalu kunjungan saya ke sana baru-baru ini dianggap sebagai kunjungan pertama saya dalam erti kata beribadah yang sebenar-benarnya. "Dalam usia 23 tahun sekarang yang saya anggap sebagai dewasa dan matang, ia lebih membuatkan saya menghargai apa yang dilalui sepanjang dua minggu di sana. "Semuanya adalah tentang ibadah dan muhasabah diri sendiri, selain merenung serta menyiapkan diri untuk masa depan," cerita Aizat membuka bicaranya ketika menghubungi S3, baru-baru ini. Mendengarkan tutur katanya di hujung talian yang cukup lembut dan sopan mengesahkan kata-kata sebelum ini yang mengatakan Aizat sedang mengalami fasa baru dalam hidupnya. Bukanlah bermakna sebelum ini Aizat seorang kurang sopan mahupun biadap tetapi ketika perbualan, kedengaran bicaranya lebih tenang berbanding dulu. Biarpun bukan perubahan secara total tetapi kata Aizat, sebagai hamba-Nya, tiada salah untuk dia berbuat baik sesama manusia. Buka mata dan minda Semuanya daripada pengalaman mengerjakan umrah yang telah membuka mata dan mindanya terhadap kehidupan. Begitu juga dengan kata-kata yang sering ditulis menerusi akaun Twitter miliknya. Semuanya penuh dengan unsur nasihat dan saling ingat-mengingati kepada peminat serta pengikutnya di alam maya. "Tidak luak pun kalau kita berbuat demikian. Kalau ada yang terkesan mahupun menerima apa yang saya coretkan itu dengan positif, itu adalah sesuatu yang baik," kata Aizat yang mula menempa kemasyhuran menerusi lagu Hanya Kau Yang Mampu ini dalam nada penuh hemah. Sesuatu yang menarik tentang Aizat yang mula menjadi perbualan selepas pulang daripada mengerjakan umrah adalah dia sudah berhenti merokok. Ketika ditanya kepadanya, apakah itu salah satu doanya ketika di hadapan Kaabah, Aizat memberikan jawapannya sambil disulami ketawa kecil. "Saya tidak berdoa secara spesifik untuk berhenti merokok tetapi saya tidak pernah putus asa meminta agar Allah memberikan kesihatan tubuh badan kepada saya. "Mungkin doa itu dimakbulkan dan alhamdulillah, sehingga ke hari ini, saya tidak menyentuh rokok lagi. Saya akan terus berdoa agar ia akan kekal selama-lamanya. "Bukan itu sahaja, selepas pulang ini juga saya sudah kembali mengubah jadual harian saya. Jika dulu, liat untuk bangun pagi tetapi sekarang semuanya sudah berubah," ujar pemenang trofi Vokal Lelaki Terbaik Anugerah Industri Muzik Ke-16 menerusi Lagu Kita ini dalam nada syukur. Dalam perbualan itu, Aizat juga tidak lokek untuk berkongsi cerita tentang pengalamannya di sana yang disifatkan sebagai kenangan terindah yang tidak mungkin dapat dilupakannya. Berkali-kali dia memanjatkan kesyukuran kerana diberi peluang mengunjungi Mekah dan Madinah dalam usia yang cukup muda. Sempat membuat umrah sebanyak lima kali, kunjungan Aizat ke sana juga ada misi tersendiri apabila syarikatnya, Kasi Gegar Entertainment (KGE) akan menerbitkan sebuah program khas untuk tayangan pada bulan Ramadan nanti. Diterbitkan sebanyak empat episod, kata Aizat, penonton dan peminat akan dapat menyaksikan pelbagai pengalaman yang dilaluinya bersama Noh dan Altimet ketika di sana. "Idea ini timbul kerana saya mahu membuka minda remaja tentang aktiviti yang boleh dilakukan, selain daripada beribadah. Mungkin tidak ramai yang tahu tentang perkara ini. "Apabila di sana selain beribadah, kami sempat mengisi masa kami dengan aktiviti beriadah seperti bermain futsal dengan pelajar Malaysia di sana. "Selain itu, kami juga berpeluang melawat perkampungan Badwi, menonton perlawanan bola sepak dan berkunjung ke ladang unta. Saya berharap dengan tayangan program ini akan mendorong anak muda untuk mengerjakan umrah ketika tubuh mereka masih sihat dan segar," jelas Aizat yang kini tampil dengan berimej botak. Sebelum mengakhiri perbualan, anak muda berjiwa besar ini telah memasang niat untuk mengerjakan haji pula selepas ini. "Kalau ikutkan, saya mahu menunaikan haji tahun ini tetapi melihatkan jadual saya yang penuh sampai ke hujung tahun, saya tangguhkan dulu. "Apa yang penting sekarang ini adalah untuk memasang niat itu dan Insya-Allah, apabila peluang itu sudah tiba, saya akan ke sana juga nanti," ujarnya dalam nada optimis.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails