Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Azza & Watie - Mahu cepat hamil

BERKAHWIN dan naik pelamin sekali lagi pada usia menjengah angka 30-an, adalah satu pengalaman yang tidak dilalui oleh banyak wanita. Sebenarnya, hanya wanita-wanita terpilih yang akan melalui pengalaman itu dan dua sahabat baik ini adalah sebahagian daripada insan yang melalui episod penuh makna itu. Secara kebetulan, dua anggota kumpulan Elite ini bagaikan berteras pada garis jodoh yang sama. Baik Azza mahupun Watie, kedua-duanya pernah melalui trauma kegagalan dalam rumah tangga pada usia muda, seawal 20-an. Pun hari ini, bahagia sedang mengulit mereka dengan ikat janji baru bersama lelaki baru dalam kehidupan baru yang diyakini mampu membawa lebih banyak bunga-bunga bahagia ke kamar hati mereka. Segala-galanya baru. Jika Watie bernikah dengan penyanyi Joey pada Disember tahun lalu, Azza pula baru sebulan melangsungkan pernikahan dengan pramugara muda, Azlan Zulaily pada 1 April 2012. Selasa lalu, pada cuti umum sempena Hari Pekerja, kedua-duanya dirai dalam satu majlis persandingan yang cukup meriah di rumah keluarga angkat di Seksyen 8, Bangi, Selangor. Pasangan Zaharudin Abdul Hamid dan Datuk Ruhaidini Abdul Kadir yang sememangnya semenjak sekian lama menjadi kenalan rapat kedua-dua artis ini, bermurah hati untuk meraikan adik angkat kesayangan mereka. Zaharudin dan Ruhaidini juga turut menyambut ulang tahun ke-20 pernikahan mereka pada tarikh yang sama. Majlis bermula di sebelah pagi dengan acara khatam Al-quran cahayamata mereka, Muhammad Aimanulhaq Zaharudin dan lapan lagi sanak saudara serta kenalan lain yang turut disertai oleh Azza, diikuti dengan majlis bacaan marhaban dan doa selamat untuk adik Muhammad Adi Putra dan Tengku Zafirah Syazli. Dua hari sebelumnya, majlis berinai diadakan di kediaman yang sama bagi memaknakan lagi acara dan memenuhi hajat pengantin perempuan. Baik Azza mahupun Watie mengakui mereka cukup terharu kerana bersama-sama dirai dalam majlis yang penuh berkat ini. "Sebaik saja diberitahu oleh Ruhaidini untuk meraikan majlis perkahwinan kami, saya tidak sangka ia akan menjadi sebegini meriah, lengkap dengan acara khatam Al-quran dan berinai. "Sungguh terharu dan berasa terhutang budi apabila diraikan dalam acara persandingan seperti ini, bersama-sama dengan rakan baik saya sendiri, Watie. "Tidak ada yang lebih penting, melainkan menerima doa dan harapan daripada semua tetamu untuk kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga saya dan suami, juga Watie dan Joey," kata Azza. Sementara bagi pihak Watie dan suami pula, tidak timbul soal kontroversi di sebalik majlis tajaan itu, memandangkan ia dilangsungkan atas semangat kekeluargaan yang erat sesama mereka. "Kami memang rapat sejak dulu lagi. Sebab itu tuan rumah berhajat untuk meraikan kami di rumahnya sendiri, bukan di hotel besar. "Kami berasa sangat terhutang budi kepada kakak angkat kami, Datuk Ruhaidini yang sudi bersusah payah menganjurkan acara seperti ini untuk saya dan Azza. "Ia memberikan lebih makna apabila saya dan Azza sama-sama naik pelamin, satu episod yang sangat mengejutkan kerana ia dirancang pada saat-saat akhir sebenarnya. "Rasa bertuah sebab sebelum ini tidak ada artis yang bersanding serentak seperti kami, ia lain daripada yang lain," kata Watie lagi. Watie turut terharu kerana keluarga mentua sanggup datang dari Johor dengan menyewa khas satu bas persiaran bagi meraikan hari persandingan mereka. Keluarga besar Joey hadir atas undangan tuan rumah, untuk sama-sama memberi restu atas pernikahan penyanyi Exist itu dan wanita pilihannya. Mahu cepat hamil Tanpa mahu berlengah, selepas persandingan, sasaran kedua-duanya adalah untuk menambah bilangan ahli keluarga. Malah, mereka mengakui tidak punya banyak masa untuk terus menanti. "Azza sedar umur pun sudah masuk ke angka 30-an, jadi tidak boleh tunggu lebih lama lagi. "Apa yang penting, kami akan berusaha untuk mendapat cahayamata secepat mungkin dan dalam masa yang sama membina kehidupan sebagai satu keluarga yang lengkap dan harmoni," kata Azza sambil diakui Azlan di sisi. Bagai pramugara ini, dia menghormati keputusan Azza yang mahu segera menimang cahayamata sulung hasil pernikahan mereka. Bagi Watie pula, meskipun telah mempunyai seorang anak hasil pernikahan terdahulu, Afif Danial Azhari, ia belum cukup untuk melengkapkan perjalanan status keibuannya. Melalui semula fasa-fasa kehamilan yang penuh keseronokan, Watie mahu segera menimang cahayamata dengan Joey. "Setelah semua selesai, sekarang tumpuan saya hanya untuk hamil lagi. Tak sabar hendak melihat bagaimana rupa paras anak saya dan Joey nanti," kata Watie yang turut rapat dengan dua anak suaminya hasil perkahwinan terdahulu, Syazwani Hanaziah dan Syazwina Hanaziah Zulkifli. Semoga ini menjadi pernikahan terakhir buat Zulkifli Daud dan Norwatie Sadali serta Azlan Zulaily dan Norazzarima Zawari. Doa yang baik untuk pasangan ini agar bersama saling membina keluarga harmonis, saling memberi dan menerima segala kebaikan dan kekurangan diri, seadanya. Amin!
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails