Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Kemarahan Bunkface

DUA setengah tahun selepas album berjudul Phobia Phoney dilancarkan, Bunk Not Dead pula menyusul tahun ini. Bunkface yang ditemui ketika pelancaran album terbaharu mereka itu di Wheel Love, Subang Jaya baru-baru ini menegaskan ia menceritakan perjalanan kumpulan berasaskan muzik punk rock itu. Ujar vokalis band itu, Sam: ”Album ini mencatatkan perjalanan karier Bunkface, kejatuhan dan perkara yang ingin dibuat dalam muzik yang tidak terlalu berat.” Bunk Not Dead yang merupakan album ketiga Bunkface memuatkan sebanyak 13 buah lagu dengan lima lagu berbahasa Malaysia dan lapan lagu bahasa Inggeris. Tempoh lebih dua tahun diambil Bunkface untuk menyiapkan album itu kerana berdepan terlalu banyak pendapat dan percubaan. Bunk Not Dead memuatkan single Panik yang telah dirakamkan di Jakarta, Indonesia dan menelan belanja sebanyak RM16,000. Menariknya, album itu merupakan album pertama di dunia yang menggunakan teknik Augmented Reality sepenuhnya yang mengandungi kod tersembunyi di sebalik gambar sehingga membolehkan grafik di dalam album itu bergerak-gerak jika dilihat melalui telefon Android dan Apple. Sam atau nama sebenarnya Shamsul Anuar menegaskan, aliran muzik Bunkface tidak semata-mata berpandukan muzik underground luar negara. Sebaliknya, mereka turut memartabatkan bahasa ibunda iaitu bahasa Malaysia dalam kebanyakan lagu.
“Bunkface tidak melupakan bahasa Malaysia dan banyak lagu ditulis dalam bahasa percakapan kita sehari-hari. Lagu-lagu Bunkface mempunyai mesej tersembunyi untuk disampaikan kepada peminat,” katanya yang kini diterima peminat sekitar Indonesia, Thailand, Filipina dan Jepun. Ditanya tentang kelainan album ketiga itu, jawabnya penilaian itu terletak pada telinga pendengar. “Bunkface tidak mahu dan tidak akan berubah. Cara muzik yang kami bawa akan kekal kerana ini identiti Bunkface. Kami tidak takut kerana kami percaya kepada peminat kami dan band lain pun melakukan perkara yang sama,” ujar Sam. Namun, menerusi album itu mereka berhasrat untuk menjadikan industri seni tempatan lebih sihat dan positif. Katanya Bunkface menyampaikan mesej tentang keadaan global yang sedang berlaku sekarang. “Beberapa lagu contohnya Agenda Jahilliah, More, Kita Perang Kita Menang dan In Another Life menceritakan situasi yang sedang berlaku sekeliling kita sekarang. “Album ini bersifat marah sebenarnya! Bunkface enggan menuding kepada sesiapa atau mana-mana pihak sebaliknya fahamilah lirik-lirik itu sebaiknya,” tambah Youk dan Paan. Antara lagu lain yang dimuatkan dalam album itu adalah Bunk Not Dead!, Hollywood Just Died!, Jatuh, Supernova, Wont Let You Go dan The Insider. Bunkface sedang merancang untuk membuat gig dalam saiz yang minimum dan melibatkan beberapa universiti tempatan seluruh negara selepas Aidilfitri.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails