Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Nampak Norish Karman

DIVA dapat aduan rakan-rakan yang Norish Karman sukar dihubungi sejak gambarnya yang digosipkan bersama anak kecil tersiar luas. Ramai teman-teman wartawan yang cuba mendapatkan pengesahan dan menghubungi tetapi dia tidak menjawab panggilan atau membuat balasan SMS. Ada yang bertanya Diva, adakah Norish menghilangkan diri ke Bali lagi atau keluar negara kerana memang dia tidak dapat dihubungi. Tapi baru-baru ini, ada seorang teman Diva terlihat kelibat Norish Karman di salah sebuah kafe terbuka yang terkenal di Plaza Damas. "Aku nampak dia, cantik. Tetapi dia seolah-olah menyembunyikan identiti dirinya. Dia bertopi dan memakai kacamata tetapi disebabkan dia ada kecantikan tersendiri, aku dapat cam itu Norish Karman," kata teman Diva yang memang gemarkan filem Sayang Salmah. Diva tanya kembali ala-ala kepoh: "Dengan siapa dia makan di sana?" Ketawa teman Diva dan sempat mengusik Diva: "Kepoh kan? Dia bersama dua orang rakan perempuan dan anak-anaknya yang sudah besar panjang. Tidak pula aku nampak dia bawa bayi atau budak kecil." Mungkin satu hari nanti Norish akan buat penampilan kembali. Mungkin sekarang dia memerlukan masa untuk meredakan kehangatan ceritanya yang tiba-tiba terkeluar.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails