Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Nora berserah pada jodoh

DIAKUI hidupnya tak pernah sunyi dengan kehadiran lelaki yang mencuba nasib untuk menawan hatinya selepas kegagalan mempertahankan rumah tangga kira-kira empat tahun lalu. Pun begitu tiada siapa pun yang berjaya meyakinkan dirinya untuk kembali bercinta secara serius. “Perempuan mana yang tak nak kahwin lagi. Cuma bagi saya sekarang ini, tak ada apa-apa yang hendak saya kejar. Contohnya, saya ada anak seorang dan ada keluarga. Dalam soal jodoh, biarlah saya berserah pada Allah. Tapi sebenarnya kena berusaha juga. Apa pun, saya tak perlu terburu-buru sebab saya tak terdesak. Biarlah masa menentukan," katanya yang ditemui selepas sesi rakaman program muzikal Irama yang bakal bersiaran di TV3 pada hari raya ketiga nanti. Adakah Nora pernah memikirkan soal pengganti selepas bercerai, wanita berusia 30 tahun ini berkata: “Selepas bercerai memang hati ini dah terbuka untuk mencari pengganti. Tapi pengalaman kegagalan rumah tangga banyak memberi pengajaran. Jadi saya kena lebih berhati-hati". Ditanya tentang kehadiran lelaki yang benar-benar memahami keadaan dirinya, pelakon filem Cuti-Cuti Cinta ini mengiyakan kehadiran ramai jejaka dalam hidupnya kini. Tetapi dia tak mahu berkongsi cerita berkenaan secara berlebihan kerana perkara itu masih belum dipastikan lagi. “Prinsip saya mudah, bila nak berkahwin, baru saya bercerita sebab takut kalau putus ke apa. Jadi lebih baik kalau dah confirm, baru kongsi. Kalau setakat bercinta-cinta ini baik tak payahlah" katanya jujur. Sengaja mengusik Nora tentang kewujudan lelaki yang datang menghimpit menyebabkan ibu kepada Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 3, ini tersenyum. Ceritanya: “Memang ada. Tapi tak boleh beritahu siapa, itu rahsia. Sekarang ini ramai jejaka yang boleh terima status saya, dan itu yang buat saya terharu. Kalau dulu mungkin orang tak pandang ibu tunggal macam saya ini, tapi sekarang cukup berlainan sekali. Sekarang ini matlamat perkahwinan bukan kepada saya semata-mata tapi kepada Rayqal dan keluarga".
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails