Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Aizat ke UK raya pertama

DENGAN usia yang masih muda, banyak perkara lagi yang mampu diperoleh dan dipelajari oleh penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Sungai Lui ini. Sebut sahaja namanya, segenap lapisan masyarakat tentu mengenali, Aizat Amdan yang dilahirkan melalui program realiti Akademi Fantasia. Sebelum ini, Aizat dilihat semakin berani menghasilkan genre muzik baru seiring pergerakan masa ketika ini. Bagi merealisasikan hasratnya yang mahu mengembangkan muzik tanah air ke peringkat antarabangsa, penyanyi kelahiran Kuala Lumpur ini akan melanjutkan pengajian dalam jurusan muzik di United Kingdom (UK), London. "Saya akan mendalami bidang teknologi muzik di Garnish School Of Song, London. Saya ambil kursus pengajian singkat selama tiga bulan dan mengharapkan doa para peminat demi kejayaan saya," ujar Aizat. Menurut Aizat, pembelanjaan bagi menampung pengajiannya itu ditanggung sendiri dengan yuran pengajian untuk tempoh tiga bulan hanya RM2,500 (500 pound) sahaja. "Kos pengajian tidak jadi masalah bagi saya, tetapi setakat ini saya masih belum dapat tempat tinggal. "Mungkin saya akan hubungi rakan-rakan saya yang berada di sana untuk membantu mencari tempat tinggal sepanjang berada di sana," jelas Aizat. Tambah Aizat, dia akan terbang ke UK bagi pada malam hari raya pertama nanti. "Tahun ini saya hanya beraya setengah hari sahaja, mungkin tidak sempat untuk beraya di kampung sebelah bapa saya di Raub. "Demi minat saya yang mendalam dalam bidang muzik, saya korbankan sambutan raya saya tahun ini, mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar," katanya. Ditanya mengapa pilih pusat pengajian luar negara berbanding pusat pengajian tempatan, jelas Aizat, bidang teknologi muzik masih kurang diperkenalkan di sini. "Bukan tidak minat belajar di sini, tetapi bidang yang ditawarkan tidak menepati genre muzik saya. Kebanyakannya mengetengahkan muzik Melayu tradisional," jelasnya. Dalam pada itu, selepas berjaya menghasilkan dua album sebelum ini, Aizat akan muncul dengan album ketiga yang menampilkan lagu-lagu Inggeris. Album tersebut akan berada dipasaran pada akhir tahun ini. Menurut penyanyi berusia 23 tahun ini, hasratnya untuk menghasilkan album Inggeris telah lama dirancang dan kini dalam proses memilih lagu. "Setakat ini, 16 lagu sudah disiapkan namun bukan semua lagu akan dimuatkan dalam album tersebut," katanya yang akan turut memuatkan beberapa lagu Melayu dalam album tersebut. Mengulas mengenai konsep lagu Melayu yang ingin diketengahkan dalam album itu, Aizat tertarik dengan irama lagu-lagu lama era 60-an dan 70-an. Pelantun Susun Silang Kata ini merasakan lagu-lagu berentak retro seperti itu mempunyai keaslian tersendiri dan semakin mendapat tempat peminat masa kini. "Apabila mendengar lagu-lagu lama seperti lagu Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Datuk A. Rahman Hassan, saya terfikir untuk menghasilkan irama seperti itu dengan susunan muzik yang moden. "Pada pendapat saya, lagu-lagu lama mempunyai keunikan dan kelainan tersendiri. Apabila melihat penulisan lagu-lagu itu, saya merasakan ia begitu asli dan liriknya juga ringkas dan mudah difahami," katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails