Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Thanuja Mula Sibuk Selepas Muncul Dalam MasterChef

PETALING JAYA: Bekas Miss World Malaysia 2009/2010, Thanuja Ananthan mengakui semakin sibuk dengan pelbagai aktiviti seni selepas menyertai program realiti MasterChef Selebriti Malaysia baru-baru ini. Thanuja, 26, berkata, penyertaannya dalam program itu benar-benar mengubah dirinya dan kini tidak hanya dikenali sebagai seorang model dan ratu cantik sahaja. "Saya sebelum ini memang berhasrat untuk mengembangkan lagi karier dalam pelbagai cabang seperti lakonan dan pengacaraan tetapi peluang agak terhad sebelum ini. "Bagaimanapun program itu benar-benar telah mengubah karier saya dan pelbagai tawaran muncul kepada saya," ujarnya kepada mStar Online. Bagaimanapun kata Thanuja, dia tidak mahu terlalu tamak dengan perhatian dan tawaran yang diberikan sebaliknya ingin menumpukan terhadap sesuatu perkara supaya dapat memberikan terbaik. "Saya sangat menghargai semua tawaran yang diberikan kepada saya tetapi saya perlu meneliti terlebih dahulu kerana bimbang tidak dapat memberikan komitmen kepada pihak produksi," katanya. Dalam pada itu, Thanuja juga mengakui menerima banyak tawaran berlakon daripada pihak produksi dan memberitahu teruja kerana telah lama memasang hasrat untuk berlakon. Dia juga berminat untuk berlakon dalam drama atau filem berbahasa Malaysia bagi mengembangkan lagi bakat dan menjelaskan tiada masalah dalam bertutur dalam bahasa kebangsaan itu. "Saya memang berminat untuk bergelar pelakon dan berharap penonton dan peminat dapat menerima sekiranya melihat kelibat saya di televisyen kelak," ujarnya. Sementara itu, Thanuja bakal muncul dengan sebuah program travelog di TV3 yang berkisar mengenai tempat-tempat yang jarang diketahui oleh masyarakat di seluruh dunia. Thanuja berkata, dia akan bertindak sebagai pengacara dan sangat teruja dengan konsep program itu yang akan membawanya ke seluruh dunia. "Walaupun penggambaran masih belum bermula tetapi saya sudah teruja kerana selain dapat melawat tempat-tempat yang jarang dikunjungi oleh orang lain, saya tidak sabar untuk melihat reaksi penonton terhadap diri saya sebagai pengacara," katanya. Dalam perkembangan lain, Thanuja tidak akan meninggalkan bidang peragaan sebaliknya memberitahu akan berangkat ke London dan Paris pada bulan hadapan untuk pertunjukan fesyen.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails