Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Forteen suka main air

Dikenali melalui lagu Berdua Bersatu, kumpulan penyanyi remaja yang dianggotai empat jejaka ini memilih untuk bermain air di Wet World Water Park Shah Alam, Selangor sebagai antara aktiviti santai mereka. Kumpulan ini dianggotai Saiful Ridzuan Abdul Hamid (Ariz), 23, Muhd Ridzuan Sharifuddin (One), 23, Mohamad Arif Amerais Azhar (Ameer), 22, dan Muhammad Izzul Islam Mazlan (Izzue), 22. Forteen memberitahu, mereka sebenarnya tidak mempunyai aktiviti khusus bersama. Cukup sekadar ia ditahap menyeronokkan, itu sudah memadai. Menurut Izzue, dengan jadual kerja yang semakin sibuk, waktu untuk mereka bersantai bersama agak sukar ditemui, namun jika kelapangan kesemua mereka pastinya tidak akan melepaskan peluang yang ada. "Memandangkan saya agak sibuk dengan dunia lakonan, kami jarang bersama. "Namun jika ada kelapangan pastinya aktiviti seperti ini dapat memberi peluang buat kami semua melepaskan kepenatan bekerja," katanya gembira. Menurut Izzue lagi, walaupun kumpulan ini baru sahaja ditubuhkan kurang dua tahun lalu namun hubungan mereka amat rapat memandangkan mempunyai minat yang sama dalam bidang seni suara. "Setiap daripada kami mempunyai impian masing-masing, iaitu untuk berjaya dalam bidang nyanyian. "Bagi kami, tanpa persefahaman tentunya agak sukar untuk kami bertahan pada masa hadapan," katanya. Tidak banyak bezanya dengan remaja lain, dalam mengimbangi dunia remaja mereka, kumpulan Forteen juga tidak ketinggalan untuk menjalani kehidupan seperti remaja kini. "Sukar rasanya untuk memilih pakaian tanpa mereka, jadi kami berempat selalunya akan bersama ketika membeli-belah. "Selain itu kami berempat mempunyai minat yang sama iaitu menonton wayang," kata Izzue. Turut bersetuju dengan kenyataan itu adalah Ariz. Menurut Ariz, sudah menjadi resam untuk manusia tidak mempunyai pendapat yang sama dalam sesuatu perkara. Bagi kumpulan Forteen jika mereka berada dalam keadaan itu, perkara utama yang akan dilakukan adalah dengan berbincang secara 'hati ke hati'. "Mungkin dengan umur kami yang masih muda, semuanya nampak mudah. "Bagaimanapun kami percaya, hanya dengan perbincangan sesebuah kumpulan itu akan terus mencapai kata sepakat,' katanya yakin. Pernah mengejutkan peminat mereka dengan isu perpecahan, menurut Ariz kontroversi itu hadir ketika Izzue sibuk dengan usahanya untuk dikenali sebagai pelakon. "Mungkin mereka banyak melihat kemunculan Forteen tanpa Izzue. Bagaimanapun buat masa ini kami masih lagi bersama, dan sebagai sahabat kami tentunya menyokong Izzue dengan kerjaya lakonannya," katanya optimis. Memilih Singapura atau Indonesia sebagai lokasi percutian mereka suatu hari nanti, menurut Ariz, dengan jadual kerja yang agak ketat kesemua mereka agak sukar untuk mendapatkan cuti panjang. "Memang kami semua ada rancangan untuk bercuti bersama, namun buat masa ini hanya di lokasi berdekatan Kuala Lumpur. Berkemungkinan besar juga kami akan membawa peminat kami bersama ketika bercuti nanti," katanya. Berkongsi perkembangan terbaru, menurut Ariz, Forteen kini sedang sibuk mempromosikan single kedua mereka yang bertajuk Seperti Dulu. Lagu yang akan turut ditampilkan dalam filem 29 Febuari ini diharapkan mampu memberi impak yang sama seperti single pertama mereka. "Seperti Dulu merupakan single kedua daripada kami. Harapan kami tentunya untuk single ini berjaya seperti single pertama kami," katanya berharap. Tidak sempurna rasanya untuk mana-mana penyanyi itu hadir tanpa ditemani album. Menurut Forteen, sebagai penyanyi mereka tentunya juga mahu mempunyai album sendiri. Namun buat masa ini dia percaya pihak pengurusannya iaitu KRU Studios mempunyai perancangan yang lebih rapi buat mereka. "Dengan pasaran yang tidak menentu kini kami lebih selesa dengan single sahaja. "Bagaimanapun jika ada rezeki suatu hari nanti kami juga tidak akan menolak untuk menerbitkan sebuah album buat peminat kami," katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails