Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Malique tak suka ditanya hal peribadi



LAMA tenggelam, Malique muncul kembali, tetapi hanya lagunya saja kedengaran. Sedangkan insan yang bernama Malique menghilangkan diri. Kelibatnya sukar dicari, mungkin mengelak atau tidak selesa berdepan dengan wartawan yang sering bertanyakan soalan peribadi. Sejak bergerak secara solo dan berkahwin, Malique tidak lagi ditemui, ada khabar angin mengatakan bekas anggota Too Phat itu sudah berhijrah ke Indonesia. Ikuti luahan hati Malique bersama B*POP.

B*POP: Malique dikatakan sukar dihubungi media tempatan, boleh Malique jelaskan? Adakah Malique kurang selesa dengan wartawan tempatan (Malaysia)?

Saya tak mengklasifikasikan jenis orang, wartawan atau manusia lain, jika saya ditanya soalan dengan ikhlas, hormat dan bukan modal untuk orang lain berbual negatif, yang sama saya pulangkan. Masalahnya, banyak soalan tidak membina yang ditanya. Dan jawapan yang diharapkan, tak selesa saya mahu beri. Contohnya, apabila saya sedang sibuk mempromosikan single, saya tidak selesa apabila soalan pertama yang keluar daripada mulut wartawan adalah soalan peribadi yang tak berkaitan langsung dengan muzik. Jadi untuk mengelak konflik sama sekali, saya diam 1,000 malam. Itu paling efektif.

B*POP: Apabila Malique tidak mahu ditemui atau ditemubual wartawan, macam-macam cerita dan persepsi negatif timbul mengenai diri Malique. Apabila cerita timbul, bagaimana Malique hendak jelaskan?

Saya diam. Orang putih kata, `lies sprint, truth prevails’. Saya tahu saya orang baik. Dan mereka tahu pada kemudian hari, seseorang pemuzik dan orang seni dinilai dengan lagunya bukan dagu! Mereka cakap saya salah. Saya cakap mereka salah. Siapa yang salah? Siapa yang mahu beralah? Biar saya...

B*POP: Bagaimana Malique kenal Najwa? Kenapa Malique nak bekerjasama dengannya untuk lagu Senyum?

Saya mengenali Najwa sekitar 2000 di Internet Relay Chat (MIRC), dia menggunakan nick n4jw4. Masa itu, saya tiada tahu yang Najwa boleh menyanyi. Secara jujur, saya malas nak layan sebab pada masa itu, dia masih budak kecil lagi. Pada 2007, semasa dalam pertapaan di studio untuk menyiapkan album 'OK', jurutera muzik tersilap buka audio file dan di situlah buat pertama kalinya saya terdengar suara Najwa menyanyi. Suara macam tu, satu dalam sekurang-kurangnya 27 juta. Kalau tak diberi perhatian, rugi. Jadi saya terus menghubunginya untuk menyanyikan korus Kau Yang Punya yang pada masa itu kosong. Lagu Kau Yang Punya tidak mendapat sambutan yang diharapkan di corong radio mungkin kerana remake, terlalu urban dan apa-apa saja. Jadi saya cakap dengan Najwa, jom buat lagi satu. Tengok kali ini mereka sangkal kita lagi ke tak?
B*POP: Apa sebenarnya cerita di sebalik lagu Senyum ini?

Ramai anggap lirik lagu saya terlalu dalam dan susah difahami. Jadi saya pilih satu topik yang boleh difahami supaya orang yang tak faham lagu saya sebelum ini boleh tersenyum. Tiada cerita tersembunyi seperti dalam Mantera Beradu, cerita seadanya.

B*POP: Sebelum ini, Malique sudah bekerjasama dengan M Nasir. Bagaimana Malique boleh memujuk M Nasir atau menerima pujukan M Nasir untuk menyanyikan lagu Mantera Beradu?

Lagu Mantera Beradu adalah lagu ciptaan saya dan muziknya digubah oleh produser lama, D'Navigator. Sama seperti proses lagu lain, bila chorusnya memerlukan penyanyi yang sesuai, saya hubungi M Nasir. Beliau bersetuju mencipta dan menyanyi chorusnya selepas bertanya pada saya hanya satu soalan, `lagu ni sebenarnya pasal apa?’ Saya cakap, saya pun tak faham. Dia tersenyum dan seminggu lepas itu, korus dah siap. Tiada proses pemujukan berlaku. Kami bersikap `gentleman’ mengenai hak dan pembahagian peratus lagu. Mungkin kerana darjah bahasanya, orang yakin M Nasir yang menciptanya dan tak percaya saya yang menulis lagu itu.

B*POP: Bagi Malique, apa istimewanya lagu Mantera Beradu? Walaupun bergerak secara solo, Malique tetap berjaya dengan imej tersendiri, bagaimana Malique melakukan semua ini?

Lagu Mantera Beradu istimewa kerana isinya yang tiada jawapan dan bersifat masyarakat yang suka berdiskusi benda kosong. Apabila kedua-duanya bertemu, jadilah satu lagu hebat yang tak akan henti dibincangkan dan bertahan lama. Saya lakukan semuanya dengan fokus pada yang `linear’. Maknanya, hanya pada satu lagu, tiada benda lain. Itu saja yang penting pada saya. Itulah asas kepada segala gembar-gembur yang lainnya. Joe Flizzow adalah `favorite local English rapper’, manakala saya adalah `favorite local rapper Melayu’.

B*POP: Lagu Cerita Kedai Kopi diterima peminat muzik. Liriknya ringkas. Bagaimana Malique boleh dapat idea hasilkan lagu Cerita Kedai Kopi? Adakah itu satu kritikan atau sindiran Malique terhadap segelintir rakan artis kita?

Teman lama saya, Salam yang pulang bercuti belajar di Amsterdam datang melawat saya di rumah. Sambil minum kopi `o’ dan menonton program TV tempatan, kami berdua ketawa membincangkan hal industri tempatan selama dua jam. Lagu Cerita Kedai Kopi adalah kesimpulan perbualan kami pada hari itu.

B*POP: Difahamkan Malique giat mengadakan promosi album di Indonesia?

Label saya di Indonesia ialah Qarma Musiq Sdn Bhd. Album Best of Malique Too Phat akan diedarkan di Indonesia tidak lama lagi.

Kini, Qarma Musiq Sdn Bhd sedang sibuk menyerang stesen radio dengan bom damai dari Malaysia iaitu album ini. Ia menggabungkan ketiga-tiga album solo, OK, K.O The Mixtape dan TKO. Lagu single yang berlainan dimainkan di tempat yang berbeza di Indonesia kerana cita rasa pendengar berbeza mengikut geografi.

Halwa pendengar Indonesia agak berbeza dari Malaysia. Contohnya, di Jawa mereka memainkan lagu Kau Yang Punya dan 2010 Masih Hip Hop. Di Sumatera pula lebih cenderung pada lagu Senyum dan Cerita Kedai Kopi.

B*POP: Pandangan Malique terhadap pembabitan isteri, Melissa Maureen dalam lakonan? Sentiasa beri sokongan?

Saya sentiasa positif dengan kerjaya pilihannya. Saya sokong seratus peratus...
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails