Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Keluhan hati Raja Azmi


NASIB produser kontroversi, Raja Azmi boleh diumpamakan sudah jatuh ditimpa tangga. Ketika kecoh cerita dirinya dikaitkan mempunyai hubungan sulit dengan jaguh badminton negara, Roslin Hashim hingga dikatakan berjaya diperangkap bekas isteri Roslin, Nurhayati Othman dalam sebuah hotel, dia pula diberkas polis sehingga terpaksa bermalam semalaman di lokap.

Kasihan Kak Mi, panggilan mesra kepada Raja Azmi. Dalam usia 51 tahun, Raja Azmi terpaksa berdepan cabaran getir ini. Raja sendiri terasa sedih apabila membaca artikel demi artikel mengenai pergolakan yang dihadapi. Raja faham sudah tentu Raja Azmi dan keluarganya malu sekali lagi.

Dulu, kes Roslin juga, ni kes Roslin lagi. Bila agaknya kisah Roslin yang dikaitkan dengan Raja Azmi ni nak tamat agaknya? Tapi, kena ingat Roslin dah macam adik Raja Azmi dan suaminya, Jailani Sidek. Roslin tinggal sebumbung bersama mereka sejak 11 tahun lalu. Mana mungkin nak memisahkan ikatan persaudaraan antara mereka!

Kesempatan bertemu Raja Azmi ketika majlis rumah terbuka NSTP sempena Aidilfitri di Hotel Kuala Lumpur Hilton baru-abru ini merungkai pertanyaan yang terdetik dalam hati selama ini. Raja Azmi mengakui: "Saya memang tertekan waktu itu. Bayangkan apabila keluar saja lokap, saya menghalau Roslin dari rumah saya. Sambil menguiskan kaki padanya, saya cakap keluar dari rumah ni, saya tak mahu tengok mukanya lagi. Tapi Roslin enggan, selagi bukan Jailani yang menghalaunya, dia tidak akan keluar rumah.

"Tapi kemarahan saya setakat tu sajalah. Nasiblah Roslin faham saya tengah marah dan tertekan, apa perkataan pun boleh terkeluar. Saya tahu kalau saya tertekan, Roslin bertambah tertekan lagi. Hingga kini, saya dah boleh keluar rumah tetapi Roslin masih malu nak bertemu orang luar. Dia rasa tak selesa walaupun kesnya dengan Nurhayati dah selesai.

"Sebenarnya hampir sebulan saya mendiamkan diri. Keluar saja lokap Jailani terus merampas telefon bimbit, sampaikan kad sim pun dipatahkan. Saya terpaksalah ambil nombor baru sekarang. Jailani tidak mahu saya terganggu dengan panggilan, dia mahu saya bertenang ketika itu. Apabila mendapat panggilan, saya akan bercerita, jadi hati akan bertambah kusut memikirkan nasib diri yang ditimpa musibah.

"Apa yang dapat saya katakan, apabila terjadi musibah ini, suamilah orang yang paling banyak memberikan semangat dan mempertahankan maruah saya. Perasaan kasih sayang saya pada suami bertambah kukuh, dia memang suami yang baik, mungkin satu dalam sejuta manusia.
"Saya pula mengambil masa lebih dua minggu untuk menghilangkan trauma. Lepas dua minggu barulah saya rasa tenang, tidur lena dan tidak menangis lagi, kalau tidak setiap hari saya menitiskan air mata mengenangkan diri tidak sudah-sudah ditimpa fitnah.

"Bagaimanapun, hingga kini, saya masih terasa kesan kena fitnah itu. Setiap kali keluar rumah, ada saja mata yang beri pandangan serong terhadap saya. Jika dulu, senyuman saya sentiasa dibalas, kini orang luar hanya menjeling sinis, malah ada yang memalingkan muka apabila melihat saya. Tapi saya kena kuatkan hati, takkan saya tidak keluar rumah disebabkan pandangan orang.

"Dulu, masa tercetus kontroversi pertama, saya rasa saya kuat sangat berdepan dengan apa saja situasi, tetapi Tuhan menduga saya bertalu-talu. Saya reda, Tuhan masih sayangkan saya. Jailani pula bukan memujuk saya, malah dia menyimbah perasaan saya dengan kata-kata semangat yang pernah saya berikan padanya dulu. 'U selama ni kuat sangat, sekarang masanya nak tunjuk kuat', kata-kata itulah menyebabkan saya bangkit semula.

"Dua kali saya terpalit malu, tapi saya reda dengan ketentuan Tuhan. Saya masih baik dengan Roslin walaupun apa yang berlaku hari ini berpunca kerana mempunyai hubungan baik dengan Roslin. Saya memang dah serik nak cari calon isteri buat Roslin, kedua-duanya makan saya balik. Selepas ini, Roslin carilah pasangan hidup sendiri, saya tidak akan masuk campur lagi.

"Bagaimanapun, saya tidak mampu menutup cakap-cakap belakang orang. Saya sudah acapkali berterus terang, jadi terserahlah pada perspektif masyarakat mahu menilai pengakuan jujur saya.

"Bagi saya, jangan menuduh melulu, boleh mendatangkan fitnah. Selagi tiada bukti, janganlah buat andaian bukan-bukan. Fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh," katanya sedih.

Sabarlah Kak Mi, apa yang berlaku adalah dugaan buat Kak Mi dan keluarga. Hidup perlu diteruskan apatah lagi filem .... Dalam Botol terbitan Kak Mi akan muncul di pawagam awal Januari depan.

Raja juga ucapkan Syabas buat Kak Mi kerana akhirnya filem kontroversi yang mempunyai babak mandi bogel itu lulus bersih dengan diklasifikasikan tontonan 18 tahun ke atas oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF). Tak sabar nak lihat hasilnya...
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails