Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Watie Tenang Hadapi Masalah Bertimpa-Timpa


PETALING JAYA: Biarpun masalah bertimpa-timpa, daripada kontroversi menuduhnya perampas suami orang sehingga pembatalan daripada bergelar duta produk kecantikan, aktres Watie Sadali (gambar) tetap menghadapi kehidupannya dengan tenang.

Tenang di luar, tidak bermakna tiada kocakan perasaan yang melanda diri. Katanya, hanya Tuhan yang memahami perasaannya sekarang. Apa pun yang berlaku, setiap rintangan perlu dihadapi dengan sebaik mungkin agar dia dapat meneruskan hidup ini.

“Saya memang seorang yang tenang ada masalah. Secara luaran memang nampak tenang tetapi dalam hati Tuhan sahaja yang tahu. Kalau saya tunjuk rasa sedih nanti, orang akan ketawakan saya atau menganggap saya cuba meraih simpati.

“Bagaimanapun, saya berharap kebenaran akan timbul pada suatu hari nanti,” katanya yang sedang menjalani penggambaran drama 26 episod Dia Bukan Mariam arahan Erma Fatima untuk TV9.

Bagaikan sudah memahami corak ‘politik’ dalam industri hiburan tempatan, Watie menganggap sesuatu kontroversi yang melanda seseorang artis atau selebriti itu pasti memberikan kesan buruk atau sebaliknya.

Bukan berniat hendak memalukan syarikat produk kecantikan yang membatalkan tawaran sebagai duta produk tersebut, sebaliknya Watie seakan geli hati apabila mendengar alasan yang diberikan apabila mengaitkan penarikan itu disebabkan kontroversi melibatkan rumah tangga aktor Joey itu.

“Mungkin tiada rezeki saya dengan syarikat itu atau ada hikmah lain selepas ini. Pengajarannya, saya rasa susah juga untuk hidup sebagai artis kerana walaupun saya berjalan dengan lurus, orang tetap akan kata saya menyimpang.

“Bagaimanapun, saya tetap akan meneruskan hidup ini dengan sabar,” ujarnya.

Mengikut perbincangan yang dilakukan sebelum bulan Ramadan lalu, dia sepatutnya dilantik sebagai duta untuk produk baru keluaran syarikat tersebut selepas Hari Raya Aidilfitri lalu.

Setelah lama menunggu panggilan daripada syarikat tersebut, Watie menghubungi syarikat itu bagi mendapatkan kepastian sama ada mereka akan meneruskan projek tersebut.

Namun, segalanya hampa apabila dia menerima jawapan yang menyedihkan.

“Masa itu (bercakap menerusi telefon) saya berada dalam kereta. Apabila mendengar jawapan (batal menjadi duta), hati saya berasa sedih dan air mata terus mengalir walaupun dalam masa yang sama saya masih boleh tersenyum,” ujarnya lagi.

Seakan merawat luka tersebut, sengaja diduga tentang hubungannya dengan Joey yang khabarnya akan ke jinjang pelamin.

Dalam nada ceria, dia yang turut menjalani pengambaran sebuah sitkom 13 episod terbitan RTM Malaysia dan RTM Brunei itu berkata jika ada jodoh dengan lelaki yang baru dikenalinya pada tahun ini, mereka akan diijabkabulkan selepas selesai kes penceraian Joey dan isterinya, Noraini Nasir.

Noraini telah memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Jumaat.

Permohonan itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 kerana mendakwa Joey telah melafazkan cerai di luar mahkamah pada Jun lalu.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails