Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

'Pengajaran buat saya'-Azahari Ali


Pengacara Bang Bang Boom akui berdua-duaan dengan bukan muhrim hingga ditangkap khalwat

"SAYA berasa amat malu kerana mengaibkan diri sendiri dan mencemar nama baik keluarga. Ini adalah kesalahan yang tak pernah saya duga sepanjang hidup. Namun, saya akui, apa berlaku malam itu berpunca daripada kesilapan dan kelalaian diri sendiri. Tapi, saya berani bersumpah, kami tidak melakukan sebarang perbuatan mungkar. Sebaik pintu apartmen diketuk, tidak sampai seminit, saya terus membukanya.

“Apabila mereka (pegawai penguat kuasa) memaklumkan kami perlu ditahan kerana disyaki berdua-duaan sehingga boleh didakwa berlakunya perbuatan khalwat, saya terus memberikan kerjasama. Mereka mengambil gambar di segenap ruang dalam apartmen berkenaan sebagai bukti, sekali gus melihat penampilan kami pada ketika itu yang terurus, lengkap berpakaian.

“Namun, saya akur berada bersama seorang wanita bukan muhrim berdua-duaan, adalah satu kesalahan di sisi agama. Saya mohon jutaan maaf daripada semua pihak terutama keluarga, rakan rapat dan pihak pengurusan Media Prima Berhad, selain penonton setia Bang Bang Boom atas kealpaan ini. Ia adalah satu pengajaran paling bermakna dan titik hitam dalam hidup saya. Saya berjanji perkara seumpama ini tidak akan berlaku lagi,” kata Azahari Ali, 27, yang juga pengacara rancangan hiburan Bang Bang Boom terbitan TV3.

Terdahulu, Harian Metro terbitan 2 Oktober lalu melaporkan seorang pengacara rancangan TV berusia 27 tahun ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana disyaki berdua-duaan dengan seorang wanita berusia 27 tahun yang masih berstatus isteri orang di sebuah apartmen di Ampang, Selangor sekitar jam 2 pagi, 29 September lalu.

Pengacara berkenaan mengaku menjadi satu kesalahan apabila bersama wanita bukan mahram, tetapi mendakwa tidak melakukan sebarang perbuatan melanggar hukum agama.

"Saya hanya membantu rakan saya mengemas barang kerana dia perlu ke Kota Kinabalu, Sabah, tetapi terkejut apabila pihak berkuasa tiba,” katanya menerusi laporan berkenaan.
Sebelum itu, suami kepada wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Adam, 31, berkata, dia dan isterinya sudah tidak tinggal sebumbung kerana masalah rumah tangga. Awal minggu ini, Azahari hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Selangor untuk memberi keterangan berhubung perkara berkenaan.

Pun begitu, Azahari yang ditemui wakil B*POP baru-baru ini, mengakui wanita yang ditahan bersamanya pada malam kejadian kerana disyaki berkhalwat bukan kekasih beliau, sebaliknya mendakwa hanya kawan biasa dikenalinya beberapa bulan lalu.

“Namun, saya akui kami berkawan baik, tapi yang pasti dia bukan kekasih saya. Kami pernah keluar makan bersama dan mengunjunginya di apartmen berkenaan sebelum ini. Saya sekadar menjemput dan menghantarnya pulang saja, tak pernah bermalam pun di apartmen itu. Pada malam kejadian, beliau memaklumkan kepada saya nak pinjam beg troli saya kerana dia akan ke Kota Kinabalu keesokannya.

“Saya pun hantar beg yang masih mengandungi pakaian saya itu ke apartmennya. Setibanya di apartmen berkenaan, saya terus meletakkan beg troli atas katilnya dalam bilik dan mula memunggah keluar pakaian saya. Atas katil pula penuh dengan baju wanita berkenaan yang nak dibawanya ke Sabah. Manakala dia (wanita) duduk di ruang tamu menonton TV.

“Akhirnya sekitar jam 2 pagi, pintu apartmen diketuk. Saya terus membukanya tanpa berlengah. Saya mengaku salah, berada berdua-duaan bersama wanita yang bukan muhrim pada ketika itu. Saya juga sedar dia masih berstatus isteri orang. Saya akur, kami boleh didakwa kerana disyaki berkhalwat apabila berada dalam keadaan yang mencurigakan.

“Saya tahu perbuatan itu salah di sisi Islam, namun saya tak berfikir panjang kerana niat saya ketika itu hanya ingin menolong kawan,” kata Azahari berterus-terang. Apa saja hukuman yang akan dijatuhi kepada saya selepas ini saya reda. Tiada manusia boleh lari daripada melakukan kesilapan. Pada kesempatan ini juga saya ingin memohon maaf kepada Adam atas apa yang berlaku, tapi percayalah saya tidak pernah menyimpan apa-apa perasaan terhadap isterinya. Saya benar-benar menyesal apabila mengenang kembali kejadian pada malam itu,” kata Azahari menahan sedih.

Pada masa sama, Azahari berharap semua pihak sedia menerima permohonan maaf daripadanya, sekali gus memberi sokongan kepada Bang Bang Boom kerana menganggap apa yang berlaku adalah perkara peribadi.

Info Azahari

NAMA PENUH: Ahmad Azahari Mohamad Ali
TARIKH LAHIR: 11 Disember 1983
ASAL: Kuala Lumpur
KELUARGA: Bongsu daripada lima beradik
PENCAPAIAN: Juara program realiti Explore Race 2006 (musim ketiga)
PENGACARA: Bang Bang Boom siaran TV3 sejak 2007 (kini memasuki musim enam, tujuh dan lapan)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails