Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Farawahida Bangun Selepas Kisah Pahit


SELEPAS dihimpit dengan pelbagai kontroversi, pemilik nama Farawahida Razali atau Fara (gambar) bangkit memulakan semangat baru.

Wanita berusia 26 tahun ini mengakui pengalaman lalu membuatkannya lebih matang dalam mengharungi gelombang industri seni tanah air.

Bagi penyanyi berkulit sawo matang ini, segala peristiwa hitamnya apabila dikatakan mempunyai masalah dengan bekas pengurusnya dulu sudah dibuang jauh-jauh dan kini dia mahu membuka lembaran baru dalam hidup.

“Sebagai artis, kita akan terdedah dengan apa juga kontroversi, cerita manis atau buruk.

“Namun apa yang terjadi pada saya sekitar tahun 2009 itu adalah satu pengalaman buruk yang banyak mengajar erti kehidupan sebenar.

“Setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmahnya dan apa yang terjadi kepada saya juga ada kebaikan yang Allah tunjukkan,” jelasnya yang dihimpit kontroversi ekoran perselisihan faham dengan bekas pengurusnya, Julfekar Ahmad Shah.

Tambah Fara, dia kini bergerak sendiri dalam menguruskan kerjaya nyanyiannya tanpa bergantung kepada individu lain.

Biarpun penat namun kepuasan yang diperoleh daripada hasil titik peluh sendiri adalah sangat berharga.

“Saya masih belajar untuk berdiri sendiri biarpun ia bukan semudah disangka namun hasil yang saya peroleh sama ada banyak atau sikit sangat memberi kepuasan kepada saya,” jelasnya.

Sinar baru

Tiga tahun menyepi tanpa sebarang perkembangan, Fara akui tahun 2011 menjadi tahun untuknya bergiat aktif di persada seni semula.

Mempertaruhkan “single” terbaru berjudul Jangan Tanya Aku Lagi, lagu berkenaan menjadi lagu runut bunyi bagi drama slot Legenda di TV3, berjudul Mata Ayer.

“Jangan Tanya Aku Lagi ini menjawab persoalan peminat yang tertanya-tanya ke mana saya menghilang selama ini.

“Lagu genre balada ini juga masih lagi dalam rangka promosi dan sedang dimainkan di corong-corong radio,” ujarnya yang kini mencari material baru untuk “single” kedua.

Sementara itu, Fara berkata rezekinya datang apabila ditawarkan untuk menyanyikan lagu runut bunyi drama terbaru TV3 berjudul Supermak.

Lagu berjudul Kuasa Wanita ciptaan Hafiz Hamidun itu juga masih dalam proses untuk dijadikan “single” terbarunya.

Lebih menggembirakan penyanyi ini apabila dipelawa untuk menyanyikan sebuah lagu Hari Raya.

“Saya sangat berbesar hati apabila mempunyai lagu Hari Raya sendiri berjudul Hayati Raya Sejati dan semua proses rakaman serta klip video sudah siap untuk ditayangkan pada Syawal ini,” jelasnya.

10 soalan menarik

1. Kenangan di bulan Ramadanyang tidak dapat dilupakan?

Curi-curi minum air di bilik airsewaktu darjah tiga. Ketika itusangat dahaga selepas pulang darisekolah. Kemudian saya sambungsemula berpuasa dan berbukabersama-sama.

2. Makanan kegemaran waktuberbuka?

Laksa utara. Saya pernah makanlaksa selama sebulan terutamanyalaksa yang dibeli di sebuah kedaidi Taiping.

3. Pernah ponteng puasa?

Pernah, masa kecil.

4. Tabiat buruk ketika bulanRamadan?

Makan dengan banyak waktuberbuka dan kerap tergigit jari.

5. Kuih lopes, tepung pelitadan murtabak?

Saya suka murtabak sebab sayatak makan kuih muih.

6. Tarawih di masjid ataubersama keluarga?

Di masjid sebab lebih ramaidan meriah.

7. Berbuka dirumah atau dimajlis-majlistertentu?

Saya suka masakdan berbuka bersamakeluarga di rumahberbanding di luar.

8. Bangun pukul berapawaktu Ramadan?

Sekitar pukul 9 pagi, biasanyaselepas sahur dan solat subuhsaya akan tidur semula.

9. Makan apa ketikabersahur?

Tak tentu. Kadang-kadangsekadar minum air sahaja.

10. Mercun atau bunga api?

Biasa beli bunga api untukadik saya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails