Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Nora tak kemaruk


Sabar soal jodoh

AGAK lama sebenarnya menanti untuk mengabadikan wajah comel igauan ramai ini bernama Nora Danish, 29, dalam satu sesi fotografi. Bukan sengaja si ibu tunggal kepada Putra Rayqal Ramli Rizal Ashraf (Qaqal), 2 tahun lapan bulan ini melengahkan hasrat B*POP.

Sebaliknya, rezekinya dalam dunia lakonan menuntut pelakon yang mula melakar nama dalam sitkom Puteri itu beralih dari satu set penggambaran ke set penggambaran lain. Dari drama Ana Lulu di TV3, Nora melangkah ke set penggambaran Khurafat versi drama pula di Astro yang berakhir 10 Ogos lalu.
Sejak 14 Ogos lalu pula dia sudah berada di set penggambaran drama bagi slot Akasia TV3 berjudul Zikir Untuk Dhia. Difahamkan, sepanjang Ramadan ini, Nora atau nama penuhnya Nora Mohd Danish Hanif masih berkesempatan berbuka puasa dengan keluarganya sekali pun sibuk di lokasi penggambaran.
Petang Jumaat lalu, Nora mengotakan janjinya dengan B*POP dan hadir ke lokasi sesi fotografi di butik Bill Keith. Nora tidak keseorangan sebaliknya ditemani Qaqal, Chomel (jurusolek) dan pembantu rumahnya. Tanpa membuang masa Nora menyarung dua koleksi Aidilfitri yang disediakan pereka fesyen ternama itu.

Sepanjang fotografi berlangsung, jelas kelihatan terhadap Nora yang tiga tahun hidup bersendirian ialah wajahnya semakin berseri dan tampak ceria. Yang pasti episod lama kisah perpisahannya dengan bapa Qaqal iaitu Jejai sudah jauh dibenamkan.

Sesekali Qaqal yang disifatkan cukup peramah datang ‘mengganggu’ mood ibunya itu yang rancak memberikan pose terbaik di depan kamera dan seakan cuba mencuri ‘limelight’ Nora. Itulah gelagat pengarang jantung hati Nora yang membahasakan dirinya ‘mummy’ untuk turut diabadikan gambarnya dalam sesi fotografi ini.

“Hadir Qaqal bagai satu rahmat bermakna buat Nora. Lahirnya juga sebagai isyarat untuk Nora tidak terlalu memikirkan keinginan berkahwin lagi. Keluarga pun tak memaksa atau mendesak Nora berkahwin lagi. Dulu sebelum kahwin, kita selalunya nak mengejar usia supaya tidak terlalu lambat untuk bergelar isteri.
“Nora tidaklah terlalu mencari. Kesilapan dalam perkahwinan pertama menjadi pengajaran terbesar untuk Nora lebih berhati-hati. Tapi ia bukanlah secara langsung menghalang untuk Nora berkawan dan membuka lembaran baru. Ada jodoh untuk Nora berkahwin lagi, pastinya ia diterima dengan hati terbuka,” katanya.

Namun sebelum ini pernah terdengar cerita mengenai hati Nora yang kononnya sudah bertemu pengganti yang selesa dikelaskan sebagai teman istimewa. Lelaki itu juga tiada kaitan dengan darah kerabat dari Terengganu seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini

Namun, desas-desus itu juga tidak bererti Nora sudah mahu mempertimbangkan ke peringkat lebih serius. Dengan apa yang pernah dilaluinya sebelum ini, Nora mengakui agak cerewet dalam mencari teman hidup. Kesimpulannya, Nora memang terbuka untuk bercinta kembali cuma dia tidak terlalu tergesa-gesa dan masih dalam peringkat mencari lelaki yang boleh bergelar suami.

“Nora memang tidak pernah membataskan diri untuk berkawan. Hubungan dengan dia masih berjalan lancar. Tapi untuk mengatakan dia jodoh Nora masih terlalu awal untuk diramalkan. Dia memang orang biasa. Nora sudah bahagia dengan kehidupan sekarang,” katanya yang mengharapkan kehidupan itu akan sempurna dengan hadir lelaki beriman melengkapi kehidupannya.

Dalam rancak berbicara mengenai teman istimewanya itu, Nora tidak berselindung menjelaskan ada tiga lelaki lain yang cuba merebut cintanya juga. Namun semua itu hanya lakonan semata-mata dalam drama Zikir Untuk Dhia yang dilakonkannya.

Dalam drama itu buat kali kedua, Nora tampil dengan watak gadis kampung bertudung litup. Kali pertama dia bertudung ialah menerusi drama Sumpah Bunian. Terlanjur menyebut perihal bertudung, Nora turut diajukan soalan apakah dia juga bakal berhijrah seperti sesetengah artis yang sudah berkahwin.

“Nora yakin bagi setiap wanita yang sudah memegang status isteri, hasrat dan impian untuk bertudung itu pasti ada. Sekali gus mahu jadi isteri solehah. Begitu juga Nora. Tapi Nora tidak mahu terlalu terburu-buru membuat keputusan dalam hal ini.

“Nora tidak mahu wujud situasi di mana ada di antara wanita tak kiralah bergelar artis atau orang biasa yang sekejap pakai dan buka tudung. Nora mahu betul-betul bersedia mempertimbangkan hal ini. Bertudung juga bukan perkara boleh dibuat main-main,” kata Nora sambil memberitahu watak dalam drama Zikir Untuk Dhia itu memperlihatkan nasibnya yang dilanda musibah tanpa henti seperti kata pepatah ‘sudah jatuh ditimpa tangga’.

Dalam perkembangan lain, Nora memberitahu keinginannya mahu mengikuti jejak kebanyakan artis lain yang memilih untuk menjalankan perniagaan seiring dengan populariti dan pengaruh yang sudah ada. Menurut Nora, kelebihan sebegitu wajar dimanfaatkan untuk sesuatu yang positif.

“Dalam fikiran Nora sekarang ini ada macam-macam yang mahu diusahakan. Tapi semua itu masih dalam peringkat perancangan. Kalau jadi Nora pernah terdetik untuk menghasilkan rangkaian produk kecantikan dengan label nama sendiri.

“Nora juga teringin nak buka francais restoran makanan. Tapi untuk merealisasikan apa yang diinginkan ini bukan perkara mudah. Kena fikirkan banyak perkara termasuklah aspek kewangan. Bukan senang atau sesuka hati nak laburkan wang untuk bikin sesuatu,” katanya.

Rancang bercuti ke Doha

MENGENAI sambutan Aidilfitri, Nora memberitahu, dia akan bercuti selama lapan hari. Kebiasaannya menjelang musim raya, Nora sekeluarga memilih untuk pergi bercuti. Besar kemungkinan Doha bakal menjadi destinasi pilihan apatah lagi kakaknya berada di sana.

“Tapi selalunya, pada raya pertama sebelum bercuti, Nora akan beraya di rumah keluarga bekas mentua. Bab baju raya pula, untuk Nora dan Qaqal cukuplah masing-masing ada tiga pasang. Tahun ini juga Nora tak tempah banyak baju raya. Baju ditempah tahun lalu pun ada yang tak dipakai lagi.

“Tak perlu membazir. Kalau nak beli sekalipun, Nora akan beli baju yang sudah siap. Dalam keluarga Nora pun, kami tidak menetapkan tema warna tertentu. Kami lebih suka tidak terikat dengan tema warna. Baru meriah sikit. Biasanya sambutan raya bagi Nora, keutamaan lebih pada Qaqal,” katanya yang menaiki LRT ke stesen Bukit Jalil, Julai lalu untuk menonton perlawanan bola sepak antara Malaysia melawan Singapura.

Sebelum menoktahkan perbualan, Nora sempat memberitahu mengenai akaun Facebook, Twitter dan Gmail miliknya yang digodam pihak tidak bertanggungjawab. Nora menjelaskan, selain Facebook, dia juga aktif menguruskan akaun Twitter menggunakan nama nor4danish.

“Yang betul-betul diuruskan Nora ialah akaun Facebook peribadi dan Twitter. Ikutkan memang ada akaun palsu diwujudkan orang lain. Ia termasuklah Fan Page Facebook (Nora Danish). Bagaimanapun setakat ini Nora bersyukur orang yang membikin akaun fan page itu bertanggung jawab.

“Nora merestui apa dilakukannya. Nora cuba untuk memeriksa siapa individu di sebalik itu. Tetapi tidak berjaya dikesan dan dia juga tidak membalas setiap mesej dihantar kepadanya. Tak mengapalah, selagi dia melaporkan benda yang betul mengenai diri ini, Nora tak kisah,” katanya yang sempat berbuka puasa bersama stokis Dunia Herbs baru-baru ini.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails