Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Dia gilakan suami saya - Raja Azmi

SIAPA dalang yang dimaksudkan itu?
Seorang daripadanya ialah ... Seorang lagi ialah wanita berpengaruh iaitu ... Dan seorang individu yang sangat dekat dengan saya, yang ini saya memang cukup-cukup tak sangka sebab dia juga ahli keluarga. (Raja Azmi menyebut tiga nama itu secara jelas dan terang).

Agaknya apa motif sebenar mereka?

Pada awalnya, saya tidak nampak apa permainan mereka. Tetapi saya boleh kata ‘kepala’ dalang itu ialah ... Dan sepanjang pengetahuan saya, dia sememangnya ‘tergila-gilakan’ Jailani dan mahu berkahwin dengan suami saya. Kerana itu dia merancang semua ini dengan ... dan seorang ahli keluarga saya.

Sejak bila Raja Azmi tahu yang dia tu, ‘gilakan’ Jailani?

Saya telah dimaklumkan sendiri oleh Jailani. Suami saya pernah memberitahu bahawa ... ada berkata, kalau Jailani sanggup berkahwin dengannya, ... akan memberikan sejumlah wang besar kepada Jailani. Malah, sampai sekarang pun dia masih mengganggu keharmonian rumah tangga kami. Dia mahu saya bercerai dengan Jailani. Maka sebab itulah, dia berkomplot dengan dua wanita itu memerangkap saya dalam isu khalwat.

Maknanya, misi ... ialah agar Jailani melafaz cerai dan lepas itu dia pula yang hendak jadi isteri Jailani, betul ke ni?

Ya. Memang itulah yang dia mahukan.

Ramai nak tahu, apa sebenarnya yang berlaku dalam bilik hotel semasa serbuan dibuat?

Saya ke hotel tersebut atas tujuan mahu berubat. Pada 6 Ogos 2010, Roslin telah menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mendakwa dia adalah bomoh. Bomoh itu mendakwa ... telah bertemu dan meminta dia menyihir Roslin atas sebab-sebab rumah tangga.

Kerana rasa bersalah, dia kemudian berjanji mahu memulihkan Roslin semula dan meminta saya turut hadir untuk berubat sama. Jadi, keesokan hari (7 Ogos 2011), saya telah mendaftar di Hotel Corus dan mendapatkan bilik suite untuk memudahkan urusan tersebut memandangkan ‘bomoh’ itu kata, dia akan datang bersama beberapa pembantunya.

Selepas itu apa yang berlaku?

Memandangkan pada sebelah pagi di hari kejadian, saya ada program pelancaran ladang kuda di Kemensah, maka saya agak keletihan dan tertidur sampai petang di bilik itu. Saya berseorangan. Roslin tak ada dengan saya dan dia cuma menunggu di dalam kereta di bawah hotel. Itu yang saya terkejut, macam mana laporan boleh kata kami sedang berdua-duaan dalam satu bilik.

Kalau saya ni betul ada hubungan dengan dia, buat apalah saya buat urusan pendaftaran secara terang-terangan dan tempah bilik sebesar itu? Lebih baik tempah bilik kecil supaya kami boleh ‘melekat’.

Jailani juga sudah tahu yang saya berada di hotel tersebut bersama Roslin sebab saya sudah maklumkan. Kalau saya mahu curang, buat apa saya nak beritahu suami sendiri? Betul tak?

Apa jadi dengan bomoh tu?

Percaya tak, sebenarnya bomoh itu tidak wujud pun. Rupa-rupanya ada pihak telah membuat panggilan palsu dan mereka-reka cerita agar kami ke hotel berkenaan supaya mereka kemudian boleh memerangkap kami. Saya juga sudah siasat pemilik nombor telefon berkenaan. Saya tahu siapa dia.

Cerita ni memang macam drama, memang pasti ke semua ini dirancang oleh tiga wanita itu dan ketuanya ialah ...?

Saya sudah kumpul semua bukti-bukti penting dan ternyata ketiga-tiga mereka punya kaitan dalam hal ini. Saya tak sangka mereka sanggup buat begini kerana harta dunia. Kerana wang! Paling saya tak sangka, mereka ini seolah-olah tak sedar bahawa mereka telah dijadikan kambing hitam. Kasihan.

Apa tindakan selepas sidang akhbar ini?

Saya akan heret ketiga-tiga mereka ke muka pengadilan. Saya akan saman mereka kerana apa yang dilakukan ini sesuatu yang serius. Selepas saman, saya akan dapatkan perintah mahkamah untuk menarik semua artikel atau info mengenai tuduhan khalwat saya dan Roslin di internet dengan segera.

Adakah dengan cara itu, Raja Azmi rasa ia mampu membersihkan nama?

Saya tak mahu kisah hitam ini terus menerus menghantui hidup keluarga saya. Saya tak mahu bila cucu saya, Muhammad Akid dah besar, dia terlihat benda-benda ini. Saya tak mahu perkara palsu ini mencalar maruah keluarga saya dan Roslin. Saya akan sedaya-upaya membersihkan kembali nama saya dan Roslin. Sebab kami memang benar-benar tidak bersalah.

Tak takut ke kalau tiga wanita itu turut bertindak dengan cara undang-undang, selepas Raja Azmi buat pendedahan ini?

Buat apa nak takut? Saya memang tak bersalah. Malah saya sudah bersedia. Saya akan berjuang habis-habisan untuk kembalikan harga diri dan maruah saya yang telah mereka jatuhkan.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails