Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Ramai tak kuasa dengan Zizan?


RAMAI sangat yang menyampaikan cerita yang kurang baik mengenai Zizan. Kata mereka pelawak itu memang cukup lain sekarang. Dah tak macam dulu lagi sebab segala-galanya dah berubah.

Mana-mana kawan yang baik dengan dia dulu pun ada yang sudah buka mulut bercerita tak elok tentang hal pelawak yang baru hendak naik ni.

Seingat Syed, isu ini mula timbul semasa pertandingan akhir Maharaja Lawak tu. Zizan dikhabarkan melahirkan rasa tak puas hati sebab tak dapat jadi johan pertandingan itu.

Tup-tup beberapa hari yang lalu ada juga orang kuat industri hiburan yang mengadu hal pasal Zizan. Katanya pelawak itu dah macam berlagak sangat dan bersikap besar kepala dengan orang-orang yang rapat dengannya, cakap dengan orang pula macam endah tak endah saja. Yalah, orang sudah kaya dan popular, biasalah tu.

Katanya lagi Zizan memang dah buat beberapa pelawak lain kecil hati dengan perangainya. Kalau ada shooting bersama-sama pasti Zizan akan tunjuk yang dia lagi bagus, lagi hebat dan lebih daripada semua orang yang ada. Sikap-sikap itulah yang membuat beberapa orang pelawak lain makan hati sampaikan ada yang dah tak bertegur sapa dengan Zizan. Mereka juga katanya tak kuasa kalau asyik kena ‘kondem’ dengan Zizan.

Syed harap sangat cerita yang disampaikan ini tak benar. Bukan apa, Zizan kan pelawak, mungkin dia melawak tak kena tempat saja kot, atau setiap masa hendak buat lawak walaupun tak kena pada tempat.

Dan biasalah, bila Syed tanya pada Zizan memang dia cukup terkejut dengan cerita yang bertebaran pasal dirinya itu.

“Itu semua mengarut sebab saya masih sedar siapa diri saya. Saya masih lagi orang bawah, cari tapak untuk duduk dalam bidang seni. Untuk apa berlagak dan nak kondem orang lain, saya bukan bagus mana pun.

“Kalau ada yang saya tak berkenan, memang saya akan cakap baik-baik. Tapi tak ada sampai nak sakitkan hati orang atau cara lain yang boleh guris perasaan orang lain.

“Kalau saya ada buat salah, kenapa tak tegur depan-depan sahaja? Kenapa perlu nak sebar cerita yang akhirnya akan jadi lain. Ini macam nak sekat rezeki orang lain sahaja. Kalau ada yang saya terlepas pandang, saya minta maaf. Saya buat lain, orang nampak lain. Ini memang selalu terjadi,” kata Zizan serius.

Kalau betul Zizan tak seperti yang dimaksudkan, tak perlulah nak risau sangat. Betul tak?
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails