Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Persiapan lebaran Zizan & Tai


MENJELANGNYA Syawal, pastinya muslimin dan muslimat sibuk membuat persiapan raya bagi memastikan kehadiran Aidilfitri kali ini meriah dan penuh ceria.

Seawal minggu pertama Ramadan lagi, sudah ramai yang keluar berbelanja di kompleks membeli-belah ataupun gedung-gedung tekstil untuk membeli pakaian baru yang penuh warna-warni bagi menceriakan sambutan hari raya.

Justeru, bagi dua hero filem Hantu Bonceng iaitu Razizan Abdul Razak, 27 atau dikenali sebagai Zizan dan pendatang baru, Sallehuddin Abu Bakar , 28 atau Tai yang sebelum ini pernah muncul menerusi filem Sini Ada Hantu , mereka turut meluangkan masa bersama bagi mencari baju Melayu di Gedung Tekstil Jakel yang terletak di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Bagi Zizan yang akan pulang ke Dungun, Terengganu seminggu sebelum raya, dia membelanjakan hampir RM1,000 untuk persiapan raya termasuk pakaian, kuih-muih dan kelengkapan lain.

Bagaimanapun, jumlah peruntukkan itu tidak termasuk bajet untuknya menganjurkan majlis rumah terbuka, manakala tarikh sebenarnya masih belum ditentukan lagi.

Katanya, setiap tahun dia akan membeli lebih daripada sepasang baju Melayu untuk persediaan menunaikan solat sunat Aidilfitri dan juga untuk pergi menziarahi sanak-saudara.

"Sama seperti tahun-tahun lalu, banyak fotografi sempena raya dengan pihak media yang perlu dijayakan.

"Sebab itulah saya beli lebih supaya setiap fotografi, saya tidak mengulang memakai baju Melayu yang sama.

"Mujur ada sesetengah fotografi itu mendapat tajaan daripada pihak penaja yang mahukan rekaan mereka dipromosikan," jelasnya yang memilih baju Melayu berwarna biru firus sebagai pilihannya.

Tai lebih teruja

BAGI pelakon baru yang mahu dikenali sebai Tai, walaupun sudah enam tahun membabitkan diri dalam dunia seni, namun katanya, tahun ini perasaannya seperti pertama kali beraya sebagai artis.

Anak kelahiran kota metropolitan Kuala Lumpur ini memberitahu, sambutan raya kali ini mungkin lebih meriah memandangkan rezeki yang diterimanya agak lumayan berbanding sebelum ini.

Justeru, ujar Tai, bahang kemeriahan Aidilfitri telah dapat dirasakannya kerana dia memperuntukkan sejumlah wang yang agak banyak demi memastikan keluarganya dapat menikmati Syawal dengan penuh makna.

"Apatah lagi kos perbelanjaan kali ini berganda kerana menyambut lebaran di kampung ibu yang terletak di Singapura.

"Bagaimanapun, saya tidaklah berbelanja secara berlebih-lebih, hanya berpada-pada.

"Cukuplah untuk memastikan ibu, bapa dan adik-beradik saya serba serbinya lengkap bagi menghadapi kedatangan Syawal.

"Itu yang membuatkan saya agak teruja dan tidak sabar menunggu kedatangan Aidilfitri," jelas Tai yang merupakan pelakon lelaki utama Hantu Bonceng.

Pada masa yang sama, Tai menjelaskan, warna oren adalah tema yang dipilih keluarganya pada sambutan Syawal kali ini kerana warna tersebut menampakkan keceriaan.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails