Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Berdansa di Aidilfitri


MEMILIH tiga pasangan Sehati Berdansa dan Mari Menari, mereka berpadu tenaga dan gerak tari untuk bersaing merebut juara dalam program terbaharu, Mari Berdansa.

Menariknya, program Mari Berdansa itu nanti apabila ia hanya ditayangkan pada hari raya kedua.

Antara pasangan Sehati Berdansa yang mengambil bahagian ialah Amyza Adnan dan suami, Khai dan Rosma serta Sasha Saidin dan suami.

Bagi pasangan Mari Menari yang mengambil bahagian pula terdiri daripada Ariz dan Syikah, Razif dan Alia serta Fahmi dan Azlin.

Mereka bakal bersaing gerak tari mengikut alunan lagu raya. Malah, mereka mewakili badan kebajikan masing-masing untuk merebut gelaran juara.

Tiga pasangan Sehati Berdansa dan Mari Menari akan bersaing sesama sendiri dan pemenang daripada kedua-dua kumpulan pula akan berentap untuk merebut gelaran juara.

Menurut penerbit Mari Berdansa, Azlan Zanudin, program itu dihasilkan untuk mendapat respon peminat kedua-dua program Sehati Berdansa dan Mari Menari di hari raya nanti, manakala pesertanya pula dipilih daripada program Sehati Berdansa musim kedua dan Mari Menari musim pertama.

“Kami hasilkan program Mari Berdansa ini untuk tengok respon peminat apabila kedua-dua program ini digabungkan.

“Tidak semua peserta Sehati Berdansa 2 dan Mari Menari yang terlibat. Cuma Sehati Berdansa 2 dengan Mari Menari.

“Mari Berdansa juga menawarkan koreografer yang pernah terlibat dengan Sehati Berdansa dan Mari Menari untuk menata tari peserta-peserta Mari Berdansa,” katanya mengenai program Mari Berdansa yang akan disiarkan pada hari raya kedua, jam 5 petang di saluran Astro Ria (104).

Azlan turut menghadapi cabaran dalam pemilihan lagu raya yang sesuai untuk ditarikan peserta.

Berbekalkan hanya dua hari keenam-enam peserta Sehati Berdansa dan Mari Menari akan menjalani latihan menari.

Menurut wakil Sehati Berdansa, Khai, walaupun masa yang diberikan hanya dua hari, dia dan Rosma dapat menghafal gerak tari yang diberikan koreografer mengikut alunan lagu.

“Dengan pengalaman menari yang ada kami cuma polish up balik gerak tari. Jadi, masa dua hari yang diberikan cukup walaupun agak kelam-kabut,” katanya.

Sebaliknya, Razif yang mewakili Mari Menari Razif pula berkata, dia menerima tawaran untuk menyertai Mari Berdansa bukan semata-mata untuk menang tetapi sekadar menghiburkan penonton pada hari raya nanti.

“Saya dan Alia sertai Mari Berdansa bukan untuk menang tetapi kerana kami suka menari dan berharap penonton suka dengan persembahan kami nanti,” katanya.

Program Mari Berdansa akan kendalikan oleh dua hos popular Mari Menari iaitu Awal Ashaari dan Lisa Surihani. Malah, Sharifah Shahira juga dijemput sebagai pengacara di sebalik tabir program Mari Berdansa bagi menambah rencah kepada program tersebut.

Turut terlibat dalam program Mari Berdansa itu nanti ialah Erra Fazira, Linda Jasmine dan Joseph Gonzalez yang bakal mengisi kerusi barisan juri tetap.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails