Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Luna Maya lawat Ariel di penjara


JAKARTA 16 Ogos - Artis wanita kontroversi, Luna Maya mengakui sudah beberapa kali menziarahi kekasihnya, Ariel Peterpan di penjara pada bulan Ramadan ini.

Menurut Luna, buah hatinya itu berada dalam keadaan yang cukup baik meskipun sedang menjalani hukuman penjara.

"Dia (Ariel) sangat baik. Syukur pada Tuhan," kata Luna yang dikaitkan sebagai wanita dalam video lucah peribadi yang dihasilkan oleh Ariel.

Setiap kali mengunjungi penjara di Kebon Baru, Bandung, Luna tidak pernah lupa membawa makanan untuk dijamu kepada Ariel.

Apa yang membuatkan Luna bertambah gembira ialah Ariel sangat menyenangi kehadirannya dan tidak pernah menolak makanan yang dibawa kepadanya.

Luna yang baru-baru ini menyertai majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim di Tanah Abang di sini berkata, pada masa ini dia sedang memberi tumpuan kepada beberapa projek biarpun sedang berpuasa.

"Syukur pada Tuhan, biarpun dalam pelbagai cabaran saya sangat gembira meneruskan puasa kerana perasaan ini hanya dirasakan di bulan Ramadan. Namun begitu, setiap kali tiba Ramadan suasana dan persekitaran yang berbeza dirasakan," kata Luna lagi. - Utusan
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails