Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Apek, Johan pertama kali berlakon sama


TIDAK dinafikan sebelum munculnya pertandingan mencungkil bakat pelawak baru iaitu Raja Lawak ataupun Maharaja Lawak terbitan Astro, Saiful Apek merupakan pelawak solo tanah air yang paling popular sejak awal tahun 1990-an.

Bagaimanapun, selepas munculnya dua pertandingan itu, ramai pelawak pelapis yang berjaya dilahirkan dan turut dilihat mampu digandingkan dengan pelawak senior seperti Saiful Apek menerusi filem.

Johan antara pelawak generasi muda yang dilahirkan daripada dua pertandingan lawak jenaka itu di mana pada tahun ini buat pertama kalinya dia berlakon bersama-sama Saiful Apek dalam filem berjudul Raya Tak Jadi!

Filem bertemakan sambutan Hari Raya Aidilfitri terbitan Grand Brilliance Sdn. Bhd., (GBSB) yang terletak di bawah naungan Primeworks Studio itu dijangka mampu menarik ramai penonton kerana dua pelawak itu mempunyai peminat sendiri.

Menurut Pengurus Besar Filem dan Drama Primeworks Studios, Tengku Iesta Tengku Alaudin, filem itu akan mula ditayangkan pada 15 September ini sesuai dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Saiful Apek dan Johan yang belum pernah digandingkan dapat menyesuaikan diri masing-masing semasa penggambaran dijalankan. Keserasian lakonan mereka terselah melalui filem ini,” komennya.

Tambah menarik, biarpun Raya Tak Jadi! merupakan sebuah filem genre komedi tetapi daripada segi jalan ceritanya ia memaparkan banyak insiden yang penuh dengan kejutan tetapi menggelikan hati.

Filem arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen itu mengisahkan seorang pelawak terkenal, Mohd. Saiful Azam telah menemui mayat dalam bonet keretanya semasa beliau hendak memasukkan lemang ke dalam keretanya.

Jelas Tengku Iesta, selain Saiful Apek dan Johan, filem itu turut menampilkan satu peraduan khas sempena kemunculan filem itu bagi mempromosikan lagi tayangan Raya Tak Jadi! di pawagam-pawagam seluruh negara.

“Sempena bulan Syawal ini, Primeworks Studios ingin memberikan peluang kepada semua rakyat Malaysia menyertai peraduan video 'Wohoo! Raya!'. Untuk butiran lanjut, sila layari laman sesawang www.facebook.com/gbgrandbrilliance atau ikuti di (twitter/@grandbrilliance),” ujarnya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails