Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

MUH tumpang populariti Hazama?


KALAU nyanyi sahaja lagu Pokok, Syed pasti ramai yang cukup teruja mendengar lagu tu. Maklumlah bukan main rancak lagi lagu tu diputarkan di corong-corong radio dan menaikkan semula nama Meet Uncle Hussain (MUH).

Syed tak ada masalah dengan lagu tu. Memang itu menjadi antara lagu kegemaran Syed bila memandu pulang ke rumah. Cuma, baru-baru ni ada yang menyampaikan rasa tak puas hati soal lagu Pokok tu.

Eh, apa hal pula yer? Sampai ada yang tak puas hati macam tu sekali. Ada yang merungut pada Syed, kata mereka kumpulan MUH menumpang populariti Hazama selepas lelaki itu memang Akademi Fantasia.

Tak cukup dengan itu ‘orang-orang’ ini menyebarkan cerita kononnya lagu Pokok itu sudah dirakam dalam satu jangka masa yang lama, tetapi kenapa sekarang baru nak keluarkan?

Kenapa mereka tak keluarkan lagu tu awal? Kenapa mesti keluarkan lepas Hazama menang AF9 dan macam-macam soalan ditanya oleh ‘orang-orang’ ni pada Syed beberapa minggu yang lalu.

Mungkin ada benarnya kata-kata mereka tetapi harus diingat kerjasama yang dijalinkan oleh MUH dan Hazama ini sudah berlarutan sejak dulu lagi. Jadi tak timbul soal siapa tumpang siapa.

Jadi kepada puak-puak yang menyebarkan cerita yang tak betul ni Syed harap sangat supaya jangan cari pasal sangat dengan MUH ni. Kesian mereka yang sampai sekarang masih tak ada vokalis.

Dengar ceritanya ada pencarian vokalis MUH tak lama lagi. Ala-ala program realiti mereka nak buat. Hmmm, elok cari cepat-cepat.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails