Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Berdebar nanti saat bahagia - Shera dan Zahiril


Saat ini adalah waktu yang cukup mendebarkan bagi pasangan Zahiril Adzim dan Shera Aiyob memandangkan tinggal kira-kira dua bulan sebelum mereka diijabkabulkan.

Tidak pernah merahsiakan percintaan daripada mana-mana pihak, mereka yakin niat yang baik pasti akan diberkati Allah.

Dalam sibuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga, semuanya bagaikan biasa sahaja. Baik Zahiril mahupun Shera, hari raya baru-baru ini hanya disambut secara sederhana memandangkan persiapan dan tumpuan lebih terarah pada majlis kahwin nanti.

“Memang tak banyak persiapan raya yang saya buat. Semuanya hanya tumpuan pada majlis kahwin yang akan berlangsung pada bulan November nanti.

“Tapi tak bermakna saya tak beraya. Cuma tidaklah seperti dulu sampaikan nak bertukar baju baru berpasang-pasang.

“Tak tahu nak cakap macam mana sebab rasa gelabah pun ada. Cuma saya buat macam tak ada apa-apa yang berlaku memandangkan ahli keluarga lain banyak membantu mempersiapkan apa yang perlu,” cerita pemain watak utama drama bersiri Juvana ini lagi.

Akui Zahiril, dia cukup berterima kasih kepada adik- beradik dan saudara mara terdekatnya kerana cukup banyak membantu dirinya selama ini.

“Saya serahkan segala-galanya pada mereka. Soal hantaran, pelamin atau apa sahaja hal kahwin semuanya mereka yang uruskan. Kalau nak urus seorang diri memang tak akan mampu.

“Saya dan Shera dah pergi kursus kahwin, soal borang nikah pun saya dah uruskan dan itu sedikit sebanyak melapangkan dada saya.

“Bagi pihak lelaki, saya tak banyak sangat nak kena buat. Kalau boleh saya nak buat secara sederhana sahaja tanpa perlu terlalu hebat sangat. Mungkin bagi pihak Shera mereka akan lebih meriah memandangkan dia merupakan anak sulung keluarga.

“Walaupun sibuk dengan hal kahwin, hari raya tempoh hari kami sekeluarga sempat pulang ke Bandar Baru Serdang, Kedah untuk beraya bersama saudara mara yang lain.

“Apa-apa jadi pun, ini raya terakhir saya sebagai orang bujang. Selepas ini saya akan beraya berdua dan mungkin suasananya tidak sama macam orang bujang,” luah anak kelahiran Shah Alam, Selangor ini lagi.

Jika mengikut perancangan pasangan ini bakal dinikahkan di kediaman Shera di Ipoh, Perak pada 20 November ini pada sebelah pagi. Majlis resepsi akan diadakan terus pada hari yang sama di Ipoh, juga sebelum majlis resepsi sebelah lelaki yang akan diadakan di Shah Alam.

Bagi Shera pula rasa teruja dan berdebar cukup menguasai dirinya sebelum jadi suri di hati lelaki yang cukup dikasihi itu.

“Zahiril memang lelaki yang baik dan cukup mengutamakan keluarga. Sebab dia lelaki yang begitulah saya memilih dia sebagai suami. Memang besar harapan saya pada dia.

“Saya pernah tanya pada Zahiril adakah dia masih akan bersikap baik sama seperti zaman kami bercinta. Dia jawab dia akan terus macam ni. Itu membuatkan saya senang.

“Sejujurnya saya cakap saya sendiri tak sangka akan berkahwin dengan dia. Kami bercinta beberapa bulan terus dia ajak bertunang.

“Pada mulanya memang saya tak bersedia. Tapi bila difikirkan memang itu lelaki yang saya suka, saya akhirnya bersetuju. Tak sangka bukan setahun berkenalan terus kami berkahwin.

“Moga dengan jodoh ini kami akan kekal buat selamanya,” kata Shera yang menyambut hari raya di Ipoh.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails