Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Perkahwinan RM12 Juta Norman - Memey, Inspirasi Kota New York


Norman Hakim dan Memey Suhaiza meletakkan noktah dalam perhubungan cinta mereka dengan mengumumkan tarikh perkahwinan pada 28 September yang akan datang.


Bagai pucuk dicita ulam mendatang, bakal pengantin ini mendapat tajaan perkahwinan yang melimpah ruah terutamanya daripada penaja utama Rafflesia Pearls yang akan menaja set mutiara bernilai jutaan ringgit termasuk dua persalinan baju pengantin bertakhta mutiara dari laut selatan yang sudah diakui tinggi kualitinya. Setiap persalinan bernilai lebih RM500,000 ini akan dihiasi barang kemas tajaan Rafflesia bernilai RM2.8 juta setiap satu yang lengkap dengan subang, gelang tangan, cincin dan tiara.



Pengantin perempuan juga akan mengenakan dua pasang kasut rekaan khas Prof. Datuk Jimmy Choo yang dihiasi mutiara berkualiti tinggi dan dikatakan mencecah lebih daripada RM1 juta sepasang.


“Kami berasa begitu kerdil ketika ini. Apa yang berlaku umpama Norman dan Memey di alam fantasi. Tiada kata yang mampu kami ucapkan selain jutaan terima kasih kepada semua penaja kerana merealisasikan majlis perkahwinan kami ini,” ujar Norman Hakim yang nyata bersyukur dengan semua penajaan ini.



Ingin lari daripada kelainan, Bill Bora selaku perancang majlis akan menampilkan New York sebagai tema resepsi pada hari bersejarah itu. Intipati New York yang penuh cahaya dan glamor akan dibawa ke majlis ini agar ‘Nothern American Wedding’ dapat direalisasikan dengan jayanya. Selain itu, Bill juga menjanjikan persembahan artis dari luar negara bagi memeriahkan suasana.


“Secara keseluruhannya, kami menjangkakan nilai sebenar majlis ini adalah lebih daripada RM12 juta di mana sebahagian besar daripada jumlah ini adalah nilai mutiara-mutiara yang akan digunakan. Kami memberikan yang terbaik kepada Norman dan Memey agar majlis ini menjadi kenangan abadi buat mereka,” ujar Bill Bora ketika sidang akhbar di Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails